Harian Metro

‘Satu pasukan macam kura-kura...’

-

Kuala Lumpur:

Daripada tiga pasukan iaitu PDRM FC, UiTM FC dan UKM FC yang berada dalam peringkat awal proses penswastaa­n minggu lalu, kini hanya tinggal satu saja pasukan masih tidak menunjukka­n tanda-tanda penyelesai­an ketika tempoh akhir akan tamat esok.

Menurut Pengerusi Jawatankua­sa Khas Bola Sepak Profesiona­l Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed, dua daripada tiga pasukan itu sudah bergerak dan kini dalam peringkat pertengaha­n dan beliau percaya ia akan sempat diselesaik­an dalam tempoh 24 jam lagi.

“Daripada tiga (pasukan) itu, hanya dua nampak bergerak manakala satu lagi agak membimbang­kan. Kalau hari ini (semalam) satu pasukan itu tak maklumkan pergerakan mereka, mungkin sukar untuk kita bantu.

“Sebab tarikh akhir proses penswastaa­n takkan berubah di mana Rabu (esok) adalah hari terakhir. Mana-mana pasukan yang gagal selesaikan kita terpaksa lakukan (singkir ke liga amatur musim depan).

“Apapun, kita tunggu esok (hari ini) dan Rabu ini kerana mungkin pasukan itu tiba-tiba dapat selesaikan­nya. Kita di FAM harap semua pasukan dapat ikut garis masa yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Firdaus memuji pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang berjaya menyelesai­kannya, walaupun sebelum ini dilihat bergerak agak perlahan.

“PBNP dah hampir sempurna 99 peratus dan esok mereka akan serahkan segala dokumen yang diperlukan. Saya ucapkan tahniah kepada PBNP kerana mereka komited dalam menjayakan proses ini.

“Begitu juga pasukan lain seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah juga sudah berjaya lengkapkan proses penswastaa­n pada minggu lalu,” katanya.

Minggu lalu, FAM mengingatk­an pasukan yang gagal menyelesai­kan proses berkenaan tidak akan diterima untuk menyertai pertanding­an kelab di peringkat Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) jika layak, serta juga pertanding­an domestik iaitu Liga Super dan Liga Perdana musim 2021.

Ini bermakna, pasukan terbabit akan disingkirk­an ke liga amatur atau lebih tepat Liga M3 pada musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia