Harian Metro

‘Kita kena buat pelan terbaik...’

-

Kuala Lumpur:

Ditelan mati emak, diluah mati bapa!

Demikian perumpamaa­n yang mungkin bakal dihadapi oleh barisan kejurulati­han skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada April depan berikutan kejohanan serantau itu tidak berada dalam kalendar Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (Fifa).

Lantas, senario itu pasti menduga pengendali pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe dalam menghimpun­kan barisan terbaiknya ketika komitmen pemain bersama pasukan Liga Malaysia (Liga M) turut dituntut oleh majikan masing-masing.

Cheng Hoe yang dihubungi Arena Metro mengakui terpaksa memikirkan dan mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan yang mungkin memberi kesan kepada kekuatan skuad Harimau Malaya di Piala AFF kelak.

Katanya, satu siri perbincang­an bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan diadakan bagi mencari penyelesai­an memuaskan hati semua pihak.

“Semua itu saya belum fikir (persiapan pasukan tahun depan) lagi, kerana kita kena buat pelan terbaik kerana saya pun sentiasa kena hormat jadual pasukan yang bertanding dalam Liga M.

“Kita tahu pengurusan dan jurulatih (peringkat kelab) perlukan pemain utama dalam kesebelasa­n utama mereka dan itulah sebab saya belum putuskan lagi, dan belum berbincang lagi dengan FAM untuk cari formula terbaik.

“Tetapi pada masa sama juga pasukan kebangsaan perlu bermain (Piala AFF). Kita perlu cari satu alternatif (keputusan) menang-menang, kita tak mahu kelab kehilangan pemain kebangsaan dan kita pula nak pasukan kebangsaan bermain dalam satu tahap terbaik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Isu keengganan pasukan melepaskan pemain ke kem latihan skuad kebangsaan pernah beberapa kali berlaku terutama apabila membabitka­n saingan yang tidak berada dalam kalender Fifa.

Akibatnya, skuad negara terpaksa mengambil risiko dengan membawa ‘pemain kumpulan kedua’ atau pemain muda untuk menggalas tugas hingga akhirnya membawa kesan negatif kepada persembaha­n pasukan.

Bagaimanap­un, Cheng Hoe tetap tenang dan percaya ada jalan keluar bagi menghadapi Piala AFF, sekali gus memastikan cabaran Malaysia selaku naib juara edisi lalu tetap menyengat.

 ??  ?? CHENG Hoe
CHENG Hoe

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia