Harian Metro

COVID-19 KEMBALI PARAH

962,661 penduduk Sabah tidak dibenarkan keluar kawasan

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@ hmetro.com.my

LAHAD DATU, TAWAU, KUNAK DAN SEMPORNA KENA PKPDB

TIGA PUSAT BELI-BELAH DI KL BERI PERINGATAN KEPADA PELANGGAN

MAHB PERCEPAT SARINGAN

PENUMPANG DARI SABAH

Kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan Bersasar (PKPDB) secara pentadbira­n di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah sehingga 12 Oktober ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan membabitka­n seramai 962,661 penduduk di empat daerah itu berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam tadi.

Katanya, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahka­n terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19

di empat daerah terbabit dalam tempoh 1 hingga 27 September lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).

“Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat menteri kesihatan memutuskan untuk melaksanak­an arahan PKPDB secara pentadbira­n di kawasan ini.

“Pelaksanaa­n PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehka­n aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanak­an sepanjang tempoh 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, dengan pelaksanaa­n perintah itu, semua penduduk di empat daerah terbabit tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuat kuasakan.

Menurutnya, bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terbabit sepanjang tempoh perintah dilaksanak­an.

“Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmat­an (essentials )di empat daerah terbabit.

“Pangkalan Perubatan (medical base) akan dibuka di kawasan PKPDB manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa akan mengawal seluruh kawasan terbabit.

Katanya, bagi pelaksanaa­n perintah itu semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubung­i talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di talian 089-881255, IPD Tawau (089-752222), IPD Kunak (089-851222) dan IPD Semporna (089-782020).

 ??  ??
 ??  ?? KERAJAAN laksana PKPDB di empat daerah di Sabah sehingga 12 Oktober bagi membendung penularan Covid-19.
KERAJAAN laksana PKPDB di empat daerah di Sabah sehingga 12 Oktober bagi membendung penularan Covid-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia