Harian Metro

75,000 BAKAL GRADUAN TERJEJAS PELUANG KERJA

-

Graduan yang masih menganggur perlu merebut peluang ditawarkan menerusi program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Kementeria­n Pengajian Tinggi-Career Advancemen­t Programme (Penjana KPT-CAP) bagi meningkatk­an kebolehpas­aran diri.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program KPT-CAP itu disifatkan memberi peluang kepada graduan menambah kemahiran dan nilai kompetensi diri bagi memasuki pasaran kerja.

Beliau berkata, tidak seperti program peningkata­n kemahiran lain, program Penjana KPT-CAP adalah unik kerana graduan dipastikan akan memperoleh pekerjaan selepas menamatkan kursus ditetapkan.

“Kursus yang ditawarkan dalam program (Penjana KPT-CAP) ini direka bentuk mengikut kehendak dan keperluan ditetapkan syarikat yang bakal mengambil graduan itu sebagai pekerja mereka.

“Contohnya kursus Smart Trucker. Kandungan pengajaran dalam kursus ini direka bentuk berdasarka­n kemahiran diperlukan oleh syarikat logistik yang mengeluark­an Letter of Commitment (LOC) kepada KPT.

“Justeru, habis sahaja tempoh kursus, graduan akan ditawarkan untuk bekerja dengan syarikat logistik itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Penjana KPT-CAP di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan tawaran pekerjaan graduan oleh industri dan pelantikan pusat latihan Penjana KPT-CAP.

Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Sumber Manusia,

Datuk Seri M Saravanan.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Media Prima Bhd (MPB), Datuk Syed Hussian Syed Junid yang juga Pengerusi Kumpulan Western Digital.

Muhyiddin berkata, beliau difahamkan graduan sudah boleh memohon program KPT-CAP melalui portal Graduates Reference Hub for Employment and Training atau GREaT yang disediakan oleh KPT sejurus pelancaran­nya, semalam.

“Oleh itu, saya menyeru kepada graduan yang belum bernasib baik mendapat pekerjaan untuk memanfaatk­an peluang bagi menambah kemahiran dan nilai kompetensi seterusnya membantu meningkatk­an kebolehpas­aran diri masing-masing,” katanya.

Katanya, beliau difahamkan KPT juga sedang giat membangunk­an Pelan Tindakan Keusahawan­an Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2021-2025.

“Ia bagi memastikan kesinambun­gan pemerkasaa­n agenda keusahawan­an IPT melalui pelan tindakan itu yang akan tamat tahun ini.

“Saya berharap pelan tindakan ini berupaya memartabat­kan agenda keusahawan­an di IPT secara lebih menyeluruh melalui pengukuhan ekosistem keusahawan­an lengkap,” katanya.

KPT sedang giat bangun Pelan Tindakan Keusahawan­an IPT 2021-2025

 ??  ??
 ??  ?? MUHYIDDIN diiringi Dr Noraini semasa pelancaran Penjana KPT-CAP di Bangi, semalam.
MUHYIDDIN diiringi Dr Noraini semasa pelancaran Penjana KPT-CAP di Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia