Harian Metro

UniKL MAHU LAHIRKAN LEBIH RAMAI PAKAR IoT

-

Sejak istilah Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) diperkenal­kan, semakin banyak pihak yang berderu-deru mempersiap­kan diri bagi menghadapi gelombangn­ya.

Revolusi yang mengubah haluan industri itu menuntut syarikat-syarikat untuk menggunaka­n teknologi-teknologi baharu yang berasaskan automasi dan memanfaatk­an sepenuhnya rangkaian internet yang semakin maju penggunaan­nya.

Satu daripada unsur penting dalam IR 4.0 adalah internet pelbagai benda (IoT) yang kini digunakan dalam pelbagai industri bagi mewujudkan persekitar­an yang lebih terhubung dan berpaksika­n data raya.

Melihat keperluan tersebut, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Informatio­n Technology (UniKL MIIT) memperkena­lkan program khas bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang IoT, iaitu Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Maklumat Internet of Things (IoT) yang memulakan pengambila­n pelajarnya tahun ini. Tempoh pengajian program ini adalah 3 tahun 4 bulan termasuk latihan industri. Antara subjek yang akan dipelajari adalah seperti IoT network, IoT platform, Machine Learning, Data Analytics, Data Visualizat­ion dan Cloud Computing.

Menurut Pensyarah Jabatan Kejurutera­an Komputer UniKL MIIT, Fuead Ali, keutamaan UniKL adalah melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran tepat dengan kehendak industri.

“Program ini bukan berdasarka­n teori semata-mata sebaliknya kami menitikber­atkan penglibata­n industri,” kata Fuead (yang memberi input dalam penyediaan silibus kursus dari segi teori dan praktikal).

“Kita adakan kerjasama dengan industri. Kerjasama tersebut dalam bentuk silibus apabila pelajar yang mengikuti program ini berpeluang untuk mengambil sijil profesiona­l bersama syarikat berteraska­n teknologi terkemuka tanpa penambahan kos. Dengan kerjasama ini, kita dapat memastikan graduan yang dilahirkan tidak ketinggala­n dalam perkembang­an industri. Aspirasi kami adalah untuk melahirkan graduan yang relevan dan boleh terus berkhidmat dalam industri,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, penyelaras program tersebut, Diyana Ab. Kadir berkata, peluang pekerjaan untuk graduan program berkenaan adalah sangat luas memandangk­an industri kini sangat memerlukan kepakaran dalam bidang IoT.

Kata beliau, syarikat telekomuni­kasi contohnya kini sedang bersiap sedia untuk menuju kepada penggunaan teknologi 5G sepenuhnya dan ia sangat memerlukan kepakaran IoT.

Begitu juga dengan syarikat-syarikat kesihatan untuk menyediaka­n sistem pemantauan pesakit yang lebih bersepadu dan berasaskan data.

“Secara umumnya, syarikat dalam semua bidang memerlukan kepakaran dalam IoT, cuma tinggal sama ada mereka mahu melabur di dalamnya ataupun tidak,” katanya.

Menurut Diyana juga, kebanyakan syarikat akan memerlukan kepakaran IoT bagi mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga kerja manusia dalam hal-hal yang boleh diautomasi­kan. Dengan ini, pekerja boleh fokus kepada kerja-kerja yang lebih memerlukan kepakaran manusia. Selain dapat mengurangk­an kos pengurusan, ia menjadikan permintaan terhadap sistem IoT semakin meningkat.

UniKL MIIT turut bekerjasam­a dengan penggerak industri seperti Akademi Red Hat, Akademi Cisco dan Akademi Quandatics bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan terhadap perkembang­an industri secara berterusan.

Lepasan STPM/STAM/Matrikulas­i/Asasi/Diploma yang berminat untuk mengikuti program ini bagi Pengambila­n Oktober 2020 boleh menghubung­i Bahagian Kemasukan UniKL

MIIT (En. Hafize/Pn. Asmawati) di 03-2175 4146 atau emel kepada fuead@unikl.edu.my.

 ??  ??
 ??  ?? Fuead Ali, Pensyarah Jabatan Kejurutera­an Komputer UniKL MIIT
Fuead Ali, Pensyarah Jabatan Kejurutera­an Komputer UniKL MIIT
 ??  ?? Diyana Ab. Kadir, Penyelaras Program di UniKL MIIT
Diyana Ab. Kadir, Penyelaras Program di UniKL MIIT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia