Harian Metro

QUARTARARO UNGGUL DI PUNCAK

Quartararo teraju kejuaraan MotoGP

-

Saya tidak membuat permulaan yang baik namun cuba melakukan pecutan di peringkat awal”

Quartararo

Kejayaan Fabio Quartararo memenangi perlumbaan ketiganya musim ini di perlumbaan Grand Prix (GP) Catalunya di litar Catalunya-Barcelona, Sepanyol, kelmarin membolehka­nnya mendahului dalam saingan Kejuaraan MotoGP Dunia.

Pelumba Petronas-Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu berada di depan dengan kelebihan 108 mata mengatasi pelumba Sepanyol, Joan Mir dari pasukan Team Suzuki Ecstar yang memungut 100 mata.

Sementara pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales (94 mata) serta Andrea Dovizioso dari pasukan Team Ducati MotoGP (84 mata) masing-masing di tempat ketiga dan empat selepas lapan perlumbaan.

Quartararo memenangi dua perlumbaan pembukaan di Jerez tetapi gagal menaiki podium dalam lima perlumbaan berikutnya.

Pelumba Perancis berusia 21 tahun itu berdepan laluan sukar ekoran dihambat Joan Mir.

“Saya tidak membuat permulaan yang baik namun cuba melakukan pecutan di peringkat awal.

‘‘Apabila berpeluang, saya memintas pencabar lain dengan baik sehingga membolehka­n kami mencapai kemenangan.

“Saya amat menderita bulan lalu, saya gagal menaiki podium sejak perlumbaan di Jerez, ia bukan sesuatu yang mudah apabila ia sering bermain di fikiran saya.

Terima kasih kepada keluarga dan semua orang yang menyokong saya,” kata Quartararo.

Quartararo menampilka­n persembaha­n cemerlang untuk memenangi perlumbaan dengan catatan masa 40 minit 33.176 saat.

Dua pelumba Sepanyol Joan Mir dan Alex Rins dari pasukan Team Suzuki Ecstar, masing-masing di tempat kedua dan ketiga selepas ketinggala­n 0.928 saat dan 1.898 saat di belakang, sekali gus menamatkan perlumbaan 24 pusingan itu di podium buat pertama kali untuk pasukan mereka, sejak GP San Marino di litar Misano World pada 2007.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia