Harian Metro

MISI ‘THE BOSS’

The Boss mahu tukar mentaliti skuad hoki kebangsaan

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

“Kalau saya layak ke Olimpik 1992, 1996 dan 2000, saya yakin barisan pemain sedia ada juga mampu ke Olimpik 2024.”

Demikian pandangan pengurus skuad hoki lelaki negara, Datuk Mirnawan Nawawi yang percaya misi memastikan Malaysian Tigers kembali layak ke temasya sukan terbesar dunia itu di Paris 2024 mampu dicapai.

Mirnawan atau nama gelarannya The Boss bagaimanap­un berkata, tugas itu tidak boleh dilakukann­ya berseorang­an hanya kerana statusnya sebagai legenda dalam sukan itu.

Sebaliknya beliau memerlukan komitmen daripada semua pihak terutama barisan pemain negara serta ketua jurulatih, Arul Selvaraj.

“Pada akhirnya segala-galanya bergantung kepada pemain. Mereka perlu ikhlas, ada keinginan tinggi dan paling penting mentaliti menang.

“Ini yang saya dan jurulatih mahu buat iaitu menukar cara berfikir pemain,” katanya.

Jelas Mirnawan, pasti ada sesuatu tidak kena atau kekurangan apabila Malaysia gagal layak ke Olimpik sejak penampilan terakhir di Sydney 2000, iaitu ketika beliau turut aktif beraksi bersama skuad negara.

“Saya cuba curahkan segala pengalaman tetapi saya juga perlu kerjasama pemain untuk penuhi misi ke Olimpik 2024,” katanya.

Ini kali kedua Mirnawan berganding­an bersama Arul selepas kali pertama ketika menjadi pengurus skuad remaja atau dikenali Projek 2016.

Selain dilabel pemain terbaik negara, legenda berusia 49 tahun itu juga mempunyai rekod cemerlang selaku pengurus apabila membantu skuad Projek 2013 di bawah bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah ketika itu memenangi Piala Remaja Asia 2012 buat kali pertama selain menamatkan saingan Piala Dunia Remaja 2013 di tempat keempat.

Mereka perlu ikhlas, ada keinginan tinggi dan paling penting mentaliti menang Mirnawan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia