Harian Metro

HATRIK VARDY AIBKAN CITY

Vardy dedah kelemahan pertahanan anak buah Guardiola

-

‘ Saya tidak mengaku kalah, saya akan cuba mencari penyelesai­an” Pep Guardiola

Hatrik Jamie Vardy memberi ancaman awal kepada misi Manchester City yang mahu merampas kembali gelaran Liga Perdana dengan mereka melepaskan tiga penalti dalam kekalahan 2-5 kepada Leicester, semalam.

City beraksi di gelanggang sendiri tanpa kesebelasa­n terbaik kerana kecederaan dan jangkitan Covid-19 namun kepincanga­n di bahagian pertahanan sekali lagi menjadi masalah buat pasukan itu.

Kegagalan mengawal pergerakan pantas dan penyudah baik Vardy menyebabka­n skuad Pep Guardiola melepaskan lima gol buat pertama kali dalam karier kejurulati­hannya.

Leicester mendaki ke kedudukan teratas liga, tetapi perlu bangkit daripada ketinggala­n untuk melebarkan permulaan sempurna musim ini apabila sepakan Riyad Mahrez membuka jaringan berdepan bekas kelabnya selepas hanya empat minit.

‘‘Masalahnya ialah kami memberikan tekanan tambahan terhadap diri sendiri untuk menjaringk­an gol kedua dan ketiga.

‘‘Kami perlu lebih tenang, kami tiada pemain yang boleh menyerang ke dalam kotak penalti seperti yang kami mahukan.

‘‘Saya tidak mengaku kalah, saya akan cuba mencari penyelesai­an,’’ kata Guardiola.

City dilaporkan semakin hampir mendapatka­n pertahanan tengah Benfica, Ruben Dias dan keperluan terhadap pertahanan tengah amat jelas ketika Vardy mudah mengatasi pasangan baharu, Eric Garcia dan Nathan Ake.

‘‘Kami mula menyukarka­n mereka dan ia menjadi ancaman. Kami tahu jika terus dengan perancanga­n itu, kami ada peluang,’’ kata Vardy. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? AKSI Vardy (dua dari kanan) menewaskan penjaga gol Manchester City, Ederson.
AKSI Vardy (dua dari kanan) menewaskan penjaga gol Manchester City, Ederson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia