Harian Metro

82 ditahan, 75 dikompaun ingkar arahan PKPP

-

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 81 sekatan jalan raya di seluruh negara. Sejak 1 Mei hingga 28 September lalu, seramai 7,389 individu ditahan membabitka­n 750 tekong, 6,344 Pati dan 295 penyeludup”

Kuala Lumpur: Seramai 82 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kelmarin dengan 75 orang dikompaun, manakala enam direman dan seorang diberi ikat jamin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan paling tinggi ialah penjarakan fizikal (46), tidak memakai pelitup muka (23), gagal menyediaka­n peralatan/merekod butiran diri (12) dan aktiviti dalam pub/kelab malam (1).

Mengenai Op Benteng, Ismail Sabri berkata, seramai 29 pendatang asing tanpa izin (Pati) dan dua penyeludup ditahan selain merampas empat kenderaan serta sebuah bot.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 81 sekatan jalan raya di seluruh negara.

“Sejak 1 Mei hingga 28 September lalu, seramai 7,389 individu ditahan membabitka­n 750 tekong, 6,344 Pati dan 295 penyeludup,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sejak 24 Julai sehingga kelmarin, seramai 37,133 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabang­sa dan ditempatka­n di 67 hotel dan 10 premis lain.

“Daripada jumlah itu, seramai 8,671 individu sedang

Ismail Sabri Yaakob

menjalani proses kuarantin wajib, manakala 106 dihantar ke hospital untuk rawatan dan 28,356 dibenarkan pulang,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, katanya, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian terhadap 12 jenis barangan di 650 premis perniagaan termasuk 464 daripadany­a peruncit, 157 pemborong dan 29 pengilang.

“Bekalan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan serta mudah diperoleh. Daripada 948 pemeriksaa­n hanya 15 premis diberi nasihat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia