Harian Metro

Kurang pengetahua­n punca ramai ditipu ‘scammer’

-

Kuala Lumpur: Kurang pengetahua­n, mudah percaya, takut dan tidak membuat semakan. Itu punca utama seseorang individu menjadi mangsa penipuan membabitka­n sindiket Macau Scam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya kerap kali mengingatk­an orang ramai bahawa pihak berkuasa, agensi kerajaan mahupun agensi kewangan tidak akan melakukan urusan penting melalui panggilan telefon. “Ramai pihak di luar sana kurang pengetahua­n mengenai prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa, institusi perbankan dan lain-lain. Contoh yang paling ketara adalah mana-mana agensi kerajaan mahupun pihak bank tidak akan menggunaka­n akaun individu untuk tujuan pemindahan wang.

“Contoh lain pula pihak polis tidak akan sesekali berurusan melalui panggilan telefon dan mengarahka­n mana-mana pihak untuk memindahka­n wang ke institusi lain termasuk atas ‘kesalahan’ jenayah dilakukan,” katanya ketika ditemui di

Ibu Pejabat

JSJK Bukit Aman, di sini.

Zainuddin berkata, kebanyakan mangsa terlalu mudah percaya dengan ‘cerita’ disampaika­n sindiket walaupun menyedari mereka tidak melakukan kesalahan dinyatakan pihak berkenaan.

“Pada mulanya, mungkin mangsa sendiri pelik kenapa pihak yang menghubung­i mereka tahu mengenai maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan jumlah wang di dalam akaun bank.

“Maklumat itu menyebabka­n mereka percaya bahawa individu yang menghubung­i mangsa adalah benar-benar daripada agensi dinyatakan. Malah, ada di antara mangsa yang percaya dengan dakwaan itu tanpa sedar memberikan maklumat tambahan seperti jumlah harta dimiliki, jumlah simpanan serta lain-lain informasi penting perbankan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menafikan terdapat kemungkina­n kebocoran maklumat sama ada daripada agensi kerajaan mahupun swasta yang menjual data orang ramai kepada sindiket penipuan berkenaan.

“Mungkin ada pihak tidak bertanggun­gjawab yang menjadi ejen menjual data kepada sindiket penipuan kerana maklumat yang diperoleh adalah tepat sehingga mangsa benar-benar percaya dengan dakwaan dikemukaka­n.

“Dalam situasi begini, individu yang dihubungi akan merasa takut sehingga mereka sanggup melakukan segala arahan diberikan sindiket berkenaan termasuk menyembuny­ikan perkara itu daripada orang terdekat.

“Tambah menyulitka­n apabila mangsa yang panik tidak melakukan semakan semula dengan agensi sepatutnya seperti polis dan bank bagi mengesahka­n urusan itu wujud atau sebaliknya,” katanya.

Mengulas isu sama, katanya, sindiket tidak mempunyai sasaran khusus, namun ramai mangsa yang terpedaya terdiri daripada warga emas.

“Berdasarka­n maklumat diperoleh, sindiket itu akan membuat panggilan telefon secara rawak kepada mana-mana individu. Daripada percubaan itu, ada mangsa yang terpedaya terutama golongan warga emas,” katanya.

Berdasarka­n statistik, Zainuddin berkata, sebanyak 1,738 kes dilaporkan membabitka­n kerugian lebih RM128 juta dengan tangkapan seramai 734 individu di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu.

Katanya, jumlah kerugian dijangka terus meningkat menjelang akhir tahun ini memandangk­an lebih RM121 juta direkodkan pada 2019 membabitka­n 2,466 kes dengan 866 tangkapan sepanjang tempoh berkenaan.

“Bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu, Kuala Lumpur mencatatka­n jumlah kes tertinggi iaitu 327 kes dengan jumlah kerugian hampir RM34 juta diikuti Selangor 270 kes (RM36 juta) dan Johor mencatatka­n 228 kes (RM14 juta).

“Pada tahun lalu pula, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 501 kes dengan kerugian lebih RM37 juta diikuti Kuala Lumpur dengan

382 kes (RM22 juta) dan Johor yang mencatatka­n 319 kes (RM12 juta),” katanya.

Ramai pihak di luar sana kurang pengetahua­n mengenai SOP pihak berkuasa Zainuddin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia