Harian Metro

3,058 permohonan PKS Penjana dilulus

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 3,058 permohonan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan nilai pinjaman RM742.8 juta diluluskan di bawah Pembiayaan PKS Penjana sehingga 18 September lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, di bawah pembiayaan ini, dana RM2 bilion diperuntuk­kan kerajaan dengan memberi keutamaan kepada PKS yang belum pernah mendapat pinjaman dari bank sebelum ini.

Malah, RM73.6 juta disalurkan kepada 11,059 PKS Mikro di bawah Skim Pemulihan Perniagaan Tekun.

“PKS selaku komponen penting dalam pertumbuha­n ekonomi negara diberi keutamaan dalam memastikan kelangsung­an perniagaan mereka,” katanya dalam Laporan Laksana ke-23 Pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) menerusi laman Facebook beliau di sini, semalam.

Menurutnya, beliau menjelaska­n skim disediakan dalam Pelan Jana Semula

Ekonomi Negara

(Penjana) ini mampu meningkatk­an akses kepada pembiayaan dalam memulihkan beban aliran tunai jangka pendek PKS. “Kerajaan juga menyalurka­n RM55.31 juta melalui Pembiayaan Mikro Kredit Penjana di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) yang memanfaatk­an 1,480 PKS dan PKS Mikro. “Bagi memastikan kelangsung­an usahawan Bumiputera, RM16.22 juta disalurkan melalui Perbadanan Usahawan

Nasional Bhd (PUNB) dan memanfaatk­an 41 perniagaan Bumiputera,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediaka­n pinjaman modal kerja untuk membantu usahawan terjejas, termasuk sektor pendidikan swasta dengan had maksimum jumlah pinjaman RM1 juta dengan kadar faedah 3.5 peratus setahun.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai permohonan e-Penjana yang ditutup pada 24 September lalu, menurutnya 11.15 juta rakyat menerima RM50 dalam e-dompet dengan jumlah nilai RM557.46 juta.

Tengku Zafrul mengingatk­an penerima e-Penjana bahawa kredit di dalam e-dompet ini perlu digunakan sebelum 30 September supaya nilai kredit tidak luput daripada akaun mereka.

“RM73.6 juta disalurkan kepada 11,059 PKS Mikro Tengku Zafrul

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia