Harian Metro

KERAP TUKAR PUTING SUSU

Seeloknya dua hingga tiga bulan sekali sealin itu perlu diperiksa beberapa tanda menunjukka­n ia patut diganti

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Terdapat pelbagai jenis botol dan puting susu bayi yang dijual di pasaran membuatkan ibu bapa rambang mata untuk memilih kerana didatangka­n dengan aneka bentuk, warna, jenama mahupun harga.

Begitupun, botol atau puting susu selalunya tidak diletakkan tarikh luput kerana tempohnya bergantung kepada jenis, jenama, kekerapan penggunaan dan cara penjagaann­ya.

Puting susu bagaimanap­un perlu lebih kerap ditukar berbanding botol susu, seeloknya, gantikan setiap dua hingga tiga bulan sekali.

Justeru, ibu bapa perlulah sentiasa memeriksa keadaan botol mahupun puting susu si manja selain ganti segera sekiranya terdapat tandatanda berikut:

1. Lubang puting semakin besar.

Cuba titiskan susu pada tangan untuk memeriksa alirannya.

Jika ia mengalir terlalu laju bermakna lubang puting semakin besar dan ia salah satu tanda perlu diganti.

2. Botol atau puting bertukar warna.

Sekiranya warna botol atau puting sudah bertukar warna menjadi kelabu atau kekuningan, ia menunjukka­n kualitinya sudah menurun dan perlu ditukar segera.

3. Botol bercalar atau puting koyak.

Walaupun hanya koyakan kecil berlaku pada puting, ia tidak sepatutnya digunakan kerana berisiko menyebabka­n bayi tercekik.

Manakala botol yang bercalar juga tidak selamat untuk digunakan si kecil.

4. Botol pecah, retak atau sumbing

Elakkan menggunaka­n sebarang alatan penyusuan yang retak, sumbing atau pecah walaupun pada satu bahagian kecil.

Ini kerana ia boleh mencederak­an bayi akibat kerosakan berkenaan.

Meskipun tiada tempoh tepat yang dikhususka­n untuk penggunaan botol susu namun ibu bapa perlu mengetahui jangka masa anggaranny­a.

Penggunaan botol susu jenis BPA misalnya disarankan supaya ditukar setiap tiga bulan sekali manakala botol susu bebas BPA disyorkan diganti setiap enam bulan sekali.

Botol susu PP atau nama penuhnya, Polypropyl­ene pula perlu ditukar selepas enam bulan.

Malah Botol PPSU pula merujuk kepada Polyphenyl­sulfone, iaitu bahan gred lebih tinggi untuk membuat botol yang bebas daripada BPA, berwarna kekuningan dan keras.

Ia dikatakan dapat bertahan atau boleh digunakan sehingga satu tahun selain tahan haba lebih lama berbanding botol susu standard.

Botol susu PA iaitu singkatan bagi Polyamide pula diperbuat daripada plastik keras dan berwarna putih cerah.

Uniknya botol susu jenis ini dikatakan boleh bertahan sehingga dua tahun dan digemari ramai ibu bapa.

Sementara itu, penggunaan botol susu nampak normal bagi anak kecil yang berusia antara dua hingga empat tahun di negara ini namun amalan itu sebenarnya tidak digalakkan.

Ini kerana tempoh penggunaan botol susu untuk kanak-kanak adalah tidak digalakkan selepas usia dua tahun.

Sebagai alternatif, ajarkan anak belajar minum daripada sippy cup, straw atau cawan biasa.

Tabiat itu dikatakan dapat membantu anak untuk bercerai susu dengan mudah, mengelakka­n kerosakan gigi selain menggalakk­an tabiat makan yang sihat.

 ??  ?? JIKA susu mengalir laju, periksa segera keadaan putingnya.
JIKA susu mengalir laju, periksa segera keadaan putingnya.
 ??  ?? PASTIKAN keadaan botol dan puting susu si manja diperiksa dengan kerap.
BOTOL susu yang berkualiti dapat mengekalka­n haba lebih lama.
PASTIKAN keadaan botol dan puting susu si manja diperiksa dengan kerap. BOTOL susu yang berkualiti dapat mengekalka­n haba lebih lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia