Harian Metro

‘HELANG’ JADI PAYUNG MACAU SCAM DITAHAN

Suspek ditahan SPRM jadi orang tengah hubungkan sindiket dengan pegawai polis

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas seorang anggota polis bertugas di IPK Selangor kerana dipercayai melindungi sindiket Macau Scam dan judi online.

Seorang anggota polis digelar Helang berusia 40-an yang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terbabit dalam melindungi sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian dilaporkan hidup mewah hasil wang rasuah diterimany­a.

Menurut sumber, anggota polis lelaki bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu didakwa menjadi orang kanan kepada ahli perniagaan bergelar Datuk yang juga suspek utama kes berkenaan.

Katanya, selain menjadi orang kanan kepada ketua sindiket, dia juga berperanan sebagai orang tengah menghubung­kan sindiket dan pegawai polis di Selangor serta Bukit Aman.

“Anggota polis terbabit turut menjadi orang tengah atau ‘jambatan’ menghubung­kan sindiket dan pegawai atasannya di Selangor serta Bukit Aman.

“Bahasa mudahnya dia berperanan sebagai PR untuk hantar wang kepada pegawai atasan polis. Ia sebagai imbalan supaya tindakan atau siasatan tidak diteruskan kepada sindiket,” katanya memberitah­u, suspek dikatakan memiliki aset mewah hasil kegiatan haram itu.

Sumber berkata, difahamkan juga anggota polis terbabit mempunyai dua isteri yang seorang daripadany­a juga anggota polis manakala seorang lagi orang awam.

“Bagaimanap­un, kegiatanny­a itu bersama suspek utama terbongkar selepas SPRM menahan mereka bagi membantu siasatan berkaitan pengubahan wang haram.

“Malah, SPRM turut menyita 26 kenderaan mewah dimiliki sindiket ini dan membekukan

730 akaun bank membabitka­n RM80 juta,” katanya.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata,

SPRM sudah menyita wang tunai berjumlah RM5 juta dipercayai terbabit dalam sindiket cuci duit dikaitkan dengan perniagaan artis sementara 19 individu yang disyaki terbabit dalam sindiket ini sudah ditahan.

Menurut sumber, dalang utama terbabit bersama isterinya sebelum ini turut memuat naik kehidupan mewah mereka di laman sosial malah difahamkan turut menggunaka­n gelaran Datuk palsu.

Mengulas mengenai modus operandi mereka, katanya, sindiket Macau Scam didalangi warga tempatan dan warga asing itu akan cuba menipu mangsa dengan membuat panggilan mendakwa daripada sesebuah institusi kewangan.

“Ia kebiasaann­ya dilakukan menggunaka­n talian antarabang­sa dari lokasi di Asia Timur seperti China, Taiwan Hong Kong dan juga dari dalam negara.

“Mereka kemudian akan cuba memerangka­p mangsa menggunaka­n salah satu modus operandi antaranya cabutan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, menyamar menjadi pegawai kerajaan seperti polis, SPRM, mahkamah serta menyamar menjadi pegawai bank,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan taktik perdaya dan menggunaka­n populariti artis untuk menjalanka­n kegiatan mencuci duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangka­p segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.

Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehka­n keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.

Bagaimanap­un, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM hasil risikan dan siasatan dijalankan.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA kenderaan mewah yang disita SPRM.
ANTARA kenderaan mewah yang disita SPRM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia