Harian Metro

NORYN AZIZ NIKAH 3 JAM SEBELUM PKPB

Penyanyi bersama pasangan Shaik Rizal sepatutnya disatukan pada 25 Oktober

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Tiga jam sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanak­an di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, penyanyi Noryn Aziz, 44, selamat melangsung­kan pernikahan dengan ahli perniagaan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman, 48, jam 9 malam kelmarin.

Noryn berkata, dia dan suami mengambil masa kurang 24 jam untuk bernikah kelmarin dan segala persiapan dilakukan sepantas mungkin.

Katanya, mengikut perancanga­n mereka akan bernikah pada 25 Oktober ini, tetapi dipercepat­kan berikutan pelaksanaa­n PKPB di tiga lokasi itu bermula semalam hingga 27 Oktober ini.

“Kami bersyukur kerana semuanya diatur dengan mudah. Saya percaya semua ini kerana kebesaran Allah. Majlis akad nikah diadakan dalam suasana sederhana dengan hanya dihadiri keluarga terdekat serta rakan rapat serta jemputan seramai 30 orang,” katanya.

Noryn berkata, dalam majlis yang diadakan di kediaman Shaik Rizal di Damansara itu, suaminya menghadiah­kan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Bercerita mengenai perkenalan mereka, Noryn berkata, mereka mula berkenalan pada awal tahun ini sebagai rakan perniagaan, tetapi tidak menyangka hubungan itu semakin rapat.

“Sebenarnya kami mula berkenalan sebagai rakan perniagaan yang akhirnya membawa kami ke alam rumah tangga.

“Semuanya berlaku sekelip mata. Baik saya dan Rizal sendiri pada awalnya tak ada pula terfikir untuk menjadi kekasih. Hubungan kami benar-benar profesiona­l. Namun, lama-kelamaan saya dapat rasakan kehadiran Rizal menyenangk­an saya. Keperibadi­annya memikat saya. Dia seorang yang sangat positif dan banyak memberi sokongan moral kepada saya dalam urusan perniagaan.

“Selepas beberapa bulan kami menjadi lebih akrab, banyak bercerita soal masa depan yang akhirnya kami sepakat untuk mengakhiri hubungan persahabat­an kepada ikatan yang lebih suci,” katanya.

Menurut Noryn, melayari bahtera perkahwina­n di usia 44 tahun, tiada apa yang diharapkan melainkan berdoa agar rumah tangga dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Allah sudah atur dengan baik untuk saya dan Rizal. Ada masanya, kita merancang untuk buat hal yang besar, namun kalau Allah tidak izinkan, itu tidak berlaku juga. Saya gembira kerana keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat bersama-sama kami dalam majlis itu. Ia amat memberi makna buat kami,” katanya. Noryn yang juga juara program Gegar Vaganza musim kelima sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, namun berpisah pada 2018.

Hasil pernikahan mereka, pasangan itu dikurniaka­n seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah.

 ??  ??
 ??  ?? NORYN bersama pasanganny­a Shaik Rizal.
NORYN bersama pasanganny­a Shaik Rizal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia