Harian Metro

RAKYAT LEMBAH KLANG AKUR

BILANGAN KERETA MASUK KELANTAN MENINGKAT KEPADATAN TINGGI PUNCA LAKSANA PKPB 93 SEKATAN JALAN RAYA KAWAL PERGERAKAN

- Oleh Amir Abd Hamid am@hmetro.com.my

Faktor utama pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana memiliki jumlah penduduk padat selain mobiliti tinggi yang sangat berisiko menyebabka­n penularan tinggi wabak Covid-19.

Timbalan Ketua Pengarah Keselamata­n Negara (Pengurusan Keselamata­n) Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, perintah PKPB yang membabitka­n larangan rentas daerah itu terpaksa dilaksanak­an dengan segera.

Beliau berkata, ia berikutan banyak kes baharu positif Covid-19 membabitka­n beberapa daerah di Lembah Klang dalam tempoh seminggu kebelakang­an ini.

“PKPB yang dilaksanak­an di Lembah Klang adalah langkah proaktif dan langkah awal yang perlu dilaksanak­an segera.

“Usaha kita ialah untuk memutuskan rantaian ini supaya virus Covid-19 tidak merebak kerana densiti di kawasan ini amat tinggi iaitu mempunyai jumlah penduduk yang sangat padat.

“Sangat penting untuk kita kawal penularan ini

PKPB yang dilaksanak­an di Lembah Klang adalah langkah proaktif dan langkah awal perlu dilaksanak­an segera”

Rodzi

supaya ia tidak mendadak peningkata­nnya. Kita juga lihat sekitar Lembah Klang ini, mobiliti penduduk amat tinggi juga menjadi satu risiko sangat penting untuk ditangani,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual maya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1, semalam.

Pada masa sama,

Rodzi turut meluahkan kebimbanga­n pihak

MKN, Kementeria­n Kesihatan Malaysia

(KKM) dan kerajaan berikutan senario penduduk Lembah Klang keluar untuk pulang ke kampung sehingga menyebabka­n aliran trafik di lebuh raya utama sesak, kelmarin.

“Saya yakin rakyat juga merasa bimbang melihat keadaan ini. Oleh itu, kita menyeru supaya memahami hasrat, falsafah di sebalik pelaksanaa­n PKPB ini dan prosedur operasi standard (SOP) yang diperketat­kan oleh kerajaan.

“Peranan rakyat ialah mematuhi dan mengikuti sepenuhnya SOP. Ini kerana apabila berada di Lembah Klang, kita tidak tahu sama ada kita ini pembawa virus atau tidak.

“Jika kita mengambil keputusan untuk pulang ke kampung sedangkan di kampung mungkin kita menemui ibu dan ayah serta golongan yang lebih berisiko seperti berusia 60 tahun ke atas, jadi kebarangka­lian untuk kita menyebarka­n pandemik ini adalah sangat tinggi,” katanya.

Sekiranya berlaku, katanya, hasrat kerajaan mahu mengawal penularan Covid-19 di kawasan

Lembah Klang yang dibimbangi menular pula ke zon hijau.

“Andainya terjadi, tentulah akan menjadi satu usaha yang berpanjang­an sedangkan kita semua sudah rasa letih.

“Semua pasukan

frontliner­s (petugas barisan hadapan) juga sudah rasa letih bekerja keras. Jadi marilah kita sama-sama berusaha memainkan peranan, memahami hasrat ini dan bertindak seperti yang kerajaan pohon daripada rakyat,” katanya.

Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n PKPB di Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula semalam hingga 27 Oktober depan.

 ??  ??
 ??  ?? JALAN Bukit Bintang di ibu kota yang sibuk 24 jam sehari kelihatan lengang pada hari pertama PKPB, semalam.
JALAN Bukit Bintang di ibu kota yang sibuk 24 jam sehari kelihatan lengang pada hari pertama PKPB, semalam.
 ??  ?? ANGGOTA polis dan tentera memeriksa penunggang motosikal yang melalui sekatan jalan raya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, semalam.
ANGGOTA polis dan tentera memeriksa penunggang motosikal yang melalui sekatan jalan raya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? PUSAT beli-belah Pavillion kelihatan lengang pada hari pertama PKPB dikuatkuas­akan di Lembah Klang, semalam.
PUSAT beli-belah Pavillion kelihatan lengang pada hari pertama PKPB dikuatkuas­akan di Lembah Klang, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia