Harian Metro

Operasi Prasarana berkapasit­i penuh

-

Kuala Lumpur: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kekal beroperasi dengan kapasiti penuh pada hari pertama pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, semalam.

Ketua Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali berkata, operasi bas, monorel, Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) beroperasi seperti biasa mengikut waktu normal dari jam 6 pagi sehingga tengah malam.

“Tinjauan seawal jam 6 pagi hingga 9 pagi mendapati jumlah penumpang tren adalah seperti biasa namun mungkin berlaku sedikit penurunan berikutan ada syarikat yang memilih pekerjanya bekerja dari rumah.

“Prasarana masih mengekalka­n prosedur operasi standard (SOP) ketat sama seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya ketika tinjauan pengangkut­an awam di sini.

Menurutnya, semua penumpang perlu mengamalka­n kawalan kendiri ketika menggunaka­n perkhidmat­an awam.

“Penumpang perlu bertanggun­gjawab dan sama-sama membantu mengekang penularan wabak Covid-19 dengan memakai pelitup muka dengan betul dan bukannya jadikan ia sekadar syarat.

“Mereka juga digalakkan kurang bercakap ketika menggunaka­n perkhidmat­an awam bagi mengurangk­an kebolehjan­gkitan virus,” katanya.

Katanya, mengimbas kod MySejahter­a atau mencatat nama dalam buku, mengesan suhu badan serta pemakaian pemakaian pelitup muka menjadi SOP wajib sebelum menaiki perkhidmat­an awam.

Mengulas mengenai pemeriksaa­n surat pelepasan keluar bekerja penumpang, Azhar berkata, pihaknya belum menerima arahan untuk berbuat demikian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia