Harian Metro

Empat lagi kematian

660 kes baharu Covid-19 dilapor semalam, sama seperti kelmarin

- Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim am@hmetro.com.my

Tidak banyak berubah, malah angka terbaharu jangkitan Covid-19 diumumkan semalam, seolah-olah dalam kedudukan statik.

Ini terbukti apabila 660 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam adalah jumlah sama berbanding kelmarin (660 kes) dan 563 kes pada Isnin lalu.

Jumlah terbaharu menjadikan jumlah kumulatif keseluruha­n penularan wabak itu sebanyak 17,540 kes dengan empat kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu dilaporkan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan Covid-19 adalah 5,768 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, kes penularan tempatan merekodkan 654 kes, selebihnya kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada kes penularan tempatan, 608 kes membabitka­n warganegar­a manakala 46 bukan warganegar­a.

“Bagi kes import pula, dua membabitka­n warganegar­a dan empat bukan warganegar­a iaitu dari Singapura (3 kes di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur); Indonesia (2 kes daripada saringan kapal di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur) dan Filipina (1 kes daripada saringan kapal di Wilayah Persekutua­n Labuan),” katanya dalam sidang media secara maya yang disiarkan di Facebook Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), semalam.

Dr Noor Hisham berkata,

Sabah masih terus mencatatka­n jumlah kes tertinggi iaitu 429 kes (65 peratus) susulan aktiviti saringan dilakukan di lapangan.

Berhubung kes kematian, katanya, semua empat kematian dilaporkan di Sabah menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat 167 kes.

“Kes kematian ke-164 (kes ke-11,152) membabitka­n lelaki berusia 80 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout dilaporkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, Sabah,” katanya.

 ??  ?? ORANG awam dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka di tempat awam sebagai langkah pencegahan Covid-19 ketika tinjauan di Bandar Hilir, Melaka, semalam.
ORANG awam dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka di tempat awam sebagai langkah pencegahan Covid-19 ketika tinjauan di Bandar Hilir, Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia