Harian Metro

Banyak kereta masuk Kelantan

Peningkata­n kenderaan didapati berlaku di Jeli, Gua Musang, Pasir Puteh susulan PKPB

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

Kemasukan kenderaan ke Kelantan di tiga pintu masuk kelmarin menyaksika­n peningkata­n susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang, berkuat kuasa semalam.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, peningkata­n kenderaan berlaku di Jeli, Gua Musang dan Pasir Puteh.

“Memang berlaku peningkata­n trafik ke Kelantan terutama dari Lembah Klang. Sehubungan itu, saya senada dengan Pengarah Kesihatan Kelantan yang menasihatk­an warga Lembah Klang yang pulang ke Kelantan menjalani kuarantin kendiri.

“Pendekatan itu sebagai langkah pencegahan supaya tidak membawa sebarang masalah kepada keluarga di Kelantan.

“Harapan saya semoga kita mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, beliau mengarahka­n semua Ketua Polis Daerah

supaya meningkatk­an pemantauan terhadap masyarakat yang gagal mematuhi SOP.

“Setiap hari ada orang awam tidak mematuhi SOP walaupun berulang kali peringatan dibuat. Perlu diingat pegawai polis berada di merata tempat sama ada yang berpakaian seragam atau tidak.

“Pada masa sama, saya meminta KPD supaya memudahkan proses permohonan untuk melakukan perjalanan ke laluan PKPB,” katanya.

Semoga kita mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM)”

Shafien

 ??  ?? ALIRAN trafik di persimpang­an Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang yang kebiasaann­ya sesak kelihatan lancar menuju pusat bandar, semalam.
ALIRAN trafik di persimpang­an Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang yang kebiasaann­ya sesak kelihatan lancar menuju pusat bandar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia