Harian Metro

Ibu bapa bimbang keselamata­n anak: Tosrin

-

Johor Bahru: Penurunan ketara jumlah kehadiran murid di sekolah agama di sekitar Pasir Gudang, dekat sini, direkodkan sejak beberapa hari lalu susulan kebimbanga­n ibu bapa mengenai penularan wabak Covid-19 di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, ia susulan ada kes positif Covid-19 di sebuah sekolah rendah di Masai, Pasir Gudang yang disahkan Kementeria­n Kesihatan (KKM), sekali gus membawa kepada arahan penutupan sementara sekolah itu.

Beliau berkata, susulan kes itu sebuah sekolah agama berhampira­n sekolah berkenaan di Masai dinasihat mengambil langkah menutup sekolah itu sebagai langkah berjaga-jaga.

“Setakat ini hanya sebuah sekolah agama sahaja ditutup iaitu Sekolah Agama As-Syakirin, Masai di Pasir Gudang.

“Keputusan penutupan sekolah agama lain di Masai serta Pasir Gudang akan bergantung kepada pengesanan kes positif Covid-19 dalam masa terdekat di kawasan berkenaan.

“Jika ada lagi kes positif dikesan di kawasan berkenaan, tindakan akan diambil termasuk menutup sementara sekolah di kawasan berisiko selain kita bersedia meminta murid, guru dan pegawai melakukan ujian pengesanan Covid-19 untuk pastikan mereka berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabat terbukanya di tapak pasar tani Jalan Kenari, Bandar Putra, Kulai, kelmarin.

Kelmarin, Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan di akaun Facebookny­a,

Johor terus mencatatka­n peningkata­n kes Covid-19 kepada 10 kes, sekali gus menjadikan 55 kes aktif virus berkenaan di negeri itu setakat ini.

Setakat ini hanya sebuah sekolah agama sahaja ditutup

Tosrin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia