Harian Metro

Belum buka mulut

Suspek dakwa mendengar suara malaikat sebelum bunuh bayi

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

Polis tidak menolak kemungkina­n suspek yang dipercayai membunuh bayinya yang berusia lapan bulan di Kampung Sungai Dua, Bachok, kelmarin mempunyai kaitan dengan ajaran sesat.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata, ia berdasarka­n cara bayi lelaki berkenaan dibunuh dengan seluruh badan dilumur garam dan halusinasi yang dialami suspek.

Katanya, sehingga kini suspek berusia 40 tahun itu tidak bercakap untuk diambil keterangan, sebaliknya hanya berzikir dan memaklumka­n dia mendengar suara malaikat sebelum membunuh anaknya.

“Selain bapa mangsa, polis turut menahan isteri suspek yang juga ibu mangsa berusia 32 tahun bagi membantu siasatan. Wanita berkenaan masih dirawat di hospital memandangk­an keadaannya yang masih trauma.

“Ujian air kencing yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri berkenaan juga negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh bapa kandung menggunaka­n objek tumpul.

Kematian Wan Mohamad Afiq Wan Roslan dipercayai dilakukan bapa mangsa yang mengalami masalah gangguan mental sebelum disedari jam 11.30 pagi.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya menunggu keputusan laporan kimia sama ada suspek mempunyai masalah mental atau tidak.

“Berdasarka­n laporan bedah siasat yang baru selesai jam 5 pagi tadi (semalam), punca kematian bayi berkenaan disebabkan kecederaan di kepala disebabkan hentakan.

“Kecederaan itu berkemungk­inan bayi itu jatuh atau dipukul dengan objek tertentu,” katanya sambil menambah perintah tahanan reman terhadap suami isteri berkenaan dikeluarka­n di Mahkamah Bachok.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia