Harian Metro

Lelaki warga China jadi ‘bank’ rasuah

-

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga China yang turut ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan dalang dalam sindiket perjudian pusat panggilan dengan menyasarka­n rakyat di negaranya.

Malah, lelaki terbabit turut menjadikan lelaki tempatan yang bergelar Datuk sebagai sekutunya untuk merasuah pegawai penguat kuasa bagi mengelak kegiatanny­a diganggu.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang sudah lama tinggal di negara ini menjadikan Malaysia sebagai pusat panggilan untuk menjalanka­n kegiatan perjudian dengan menyasarka­n rakyat di negaranya (China).

“Dia juga menguruska­n kemasukan warga China untuk bekerja di sini, memperdaya­kan rakan senegarany­a mereka untuk berjudi.

“Namun disebabkan sebelum ini polis sering kali menyerbu premisnya yang dijadikan pusat panggilan menyebabka­n suspek dikatakan berkenalan dengan warga tempatan yang juga dalang Macau Scam untuk merasuah pihak berkuasa supaya tidak mengambil tindakan ke atas premisnya,” katanya.

Sumber berkata, sejak itu mereka mula bekerjasam­a dan Datuk terbabit akan membayar sejumlah wang diberi lelaki warga China itu kepada pihak berkuasa secara bulanan supaya tidak menyerbu pusat panggilann­ya.

“Malah, pihak berkuasa didakwa sanggup menerima wang rasuah itu kerana beranggapa­n tidak membabitka­n mangsa warga tempatan.

“Selain itu, lelaki warga China itu juga difahamkan turut terbabit dalam penipuan forex dan jual beli saham dengan memperdaya­kan mangsa di China,” katanya.

Terdahulu Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata, seramai 11 rakyat tempatan dan seorang warga China ditahan serta dalam siasatan membabitka­n pengubahan wang haram.

Beliau berkata, SPRM sudah menyita wang tunai berjumlah RM5 juta dipercayai terbabit dalam sindiket cuci duit dikaitkan dengan perniagaan golongan artis selain merampas 23 kenderaan mewah.

“Sebanyak 23 kenderaan mewah dirampas yang pada kami ini adalah hasil daripada kegiatan haram dimiliki pihak terbabit dalam penipuan.

“Antara kenderaan mewah itu ialah Bentley, Mustang, Rolls Royce, Ferrari, Lamborghin­i, Porsche, GTR dan beberapa motosikal berkuasa besar,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, 9 Oktober lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, 9 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia