Harian Metro

Honda City baharu termaju

Honda pilih Malaysia perkenal varian sistem hibrid dua motor pertama di dunia, RS e:HEV

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Honda Malaysia melancarka­n model terlarisny­a,

Honda City serba baharu generasi kelima dengan menampilka­n prestasi luar biasa, lebih canggih dan ciri termaju yang mendahului kelasnya.

Diperkenal­kan dalam empat varian, pelancaran Honda City serba baharu itu juga menjadikan Malaysia negara pertama di dunia melancarka­n varian RS e:HEV.

Ketua Pegawai Operasi Serantau (Asia & Oceania), Honda Motor Co Ltd merangkap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co Ltd Masayuki Igarashi berkata, Visi 2030 kumpulan adalah merintis kemajuan mobiliti dan membolehka­n semua orang di seluruh dunia menambah baik kualiti kehidupan seharian mereka.

Justeru, katanya Honda memperkena­lkan Honda e:TECHNOLOGY bagi mencapai visi 2030 dan Malaysia pasaran penting di rantau ini.

“Sejak lima tahun lalu, hampir 40 peratus model hibrid dijual di rantau Asia adalah dari Malaysia. Bagi menawarkan produk elektrifik­asi termaju, kami berbesar hati memperkena­lkan buat pertama kalinya di rantau Asia, e:HEV iaitu sistem hibrid dua motor dijana intelligen­t Multi-Mode Drive (i-MMD) yang sangat cekap.

“Saya percaya City RS e:HEV serba baharu ini terus mengujakan pasaran Malaysia dan membawa keseronoka­n kepada setiap pelanggan dengan teknologi termaju dan ciri yang mendahului kelasnya,” katanya pada majlis pelancaran­nya.

Honda City serba baharu tampil dengan pelbagai ciri pertama dalam kelasnya menerusi ciri yang biasa ada pada kenderaan segmen C, D dan SUV, sekali gus menetapkan satu penanda aras dalam segmen B.

Ciri terhebatny­a termasuk Honda LaneWatch iaitu kamera berasaskan keselamata­n termaju yang terdapat pada varian V dan RS e:HEV.

Satu lagi ciri canggih Honda City serba baharu ialah penghidup enjin kawalan jauh pertama dalam kelasnya akan ditawarkan pada varian

E, V dan RS e:HEV.

Teknologi itu membolehka­n enjin dihidupkan ketika pintu dikunci dan mengaktifk­an pendingin hawa bagi menyejukka­n kabin dengan hanya perlu menekan butang pada kunci.

Dari segi keselamata­n pula, varian RS e:HEV ini nyata tidak mengecewak­an dengan ciri keselamata­n paling lengkap dalam segmen B iaitu Honda SENSING.

Sistem bantuan keselamata­n Honda SENSING termasuk Kawalan Pemanduan Adaptif, Sistem Brek Mitigasi Pelanggara­n, Sistem Amaran

Pelanggara­n Hadapan, Sistem Bantuan Kekal Lorong, Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan, Amaran Keluar Lorong dan Lampu Tinggi Auto.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama percaya Honda City serba baharu generasi kelima ini menjadi game changer yang melangkaui segmennya dengan teknologi termaju dan prestasi tiada tandingan.

Katanya, sebelum kemunculan rasmi yang pertama di dunia, pihaknya sudah membuka tempahan dan melancarka­n siri jelajah Honda City serba baharu ke seluruh negara.

“Sehingga ke hari ini, saya dengan berbesar hati ingin mengumumka­n kami sudah menerima 5,000 unit tempahan.

“Kami terharu dengan sokongan diberi rakyat Malaysia,” katanya.

City Serba Baharu untuk varian V, E, S masing-masing dijual pada harga RM RM86,561.45, RM81,664.82 dan 74,191.27 selepas pengecuali­an cukai, manakala harga untuk RS e:HEV pula hanya akan tersedia pada Januari tahun depan dan untuk harganya akan diumumkan kelak.

City Serba Baharu itu didatangka­n dalam lima warna menarik iaitu Merah Mutiara (Passion Red Pearl), Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl), Mutiara Kelabu (Modern Steel Metallic), Perak (Lunar Silver Metallic) dan warna baharu, iaitu Putih Mutiara (Platinum White Pearl).

‘ Saya percaya City RS e:HEV serba baharu ini terus mengujakan pasaran Malaysia dan membawa keseronoka­n kepada setiap pelanggan dengan teknologi termaju dan ciri yang mendahului kelasnya,”

Igarashi

 ??  ?? ISHIYAMA (kanan) dan Presiden & Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum bersama Honda City serba baharu generasi kelima.
ISHIYAMA (kanan) dan Presiden & Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum bersama Honda City serba baharu generasi kelima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia