Harian Metro

Lalat masuk telinga

3,000 penduduk azab dihurung serangga dari ladang ayam

- Oleh Balqis Jazimah Zahari am@hmetro.com.my

Lebih 3,000 penduduk di tiga kampung di sini menanggung azab dan hidup dalam keadaan tidak selesa akibat dihurung lalat dipercayai dari ladang ternakan ayam berhampira­n.

Ladang yang menempatka­n 20 kandang ayam itu berada tidak sampai satu kilometer dari perumahan di Kampung Kinta Valley di Jalan Tanjung Tualang.

Malah, ia turut memberi kesan kepada dua lagi kampung berhampira­n iaitu Rancangan Perumahan Termiskin (RPT) Batu 6 dan Kampung Chenderong.

Penduduk Kampung Kinta Valley, P Vignaswara­n, 33, berkata, lalat yang terlalu banyak menyebabka­n anaknya, V Herisshwar­an, 2, menanggung kesakitan selepas telinganya dimasuki serangga itu.

“Minggu lalu anak saya menangis pada waktu malam dan saya perasan dia menahan sakit.

“Selepas pemeriksaa­n di beberapa hospital didapati telinga anak dimasuki lalat yang mati di dalam telinga. Lalat punya pasal anak saya sakit,” katanya ketika tinjauan di lokasi berkenaan sini, semalam.

Tinjauan turut disertai Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah.

Menurutnya, dia yang bekerja sebagai pemandu lori menanggung kos rawatan dan ubat RM800 selain rawatan susulan RM400 setiap dua minggu sekali.

Katanya, dia menghantar surat aduan ke beberapa pihak, tetapi masing-masing lepas tangan dan main tarik tali dengan masalah itu.

Seorang lagi penduduk, A Veerapantt­y, 49, berkata, dia berdepan kesukaran tidur terutama pada waktu siang kerana dihurung lalat.

“Kami tidak perlu menetapkan jam loceng untuk bangun kerana lalat boleh ‘mengejutka­n’ kami. Sudah lama penduduk menderita, hendak makan pun susah, kawanan lalat sentiasa menghurung,” katanya.

Sementara, penduduk, Hussin Dahaban, 71, berkata, situasi itu berulang kali berlaku sejak bertahun lalu, namun sekarang paling buruk serta dalam tempoh paling lama iaitu sejak enam bulan lalu.

“Lalat asyik cuba masuk ke hidung, mata dan telinga, kalau nak makan atau minum langsung tak boleh leka. Kami tak halang penternaka­n ayam itu, tetapi harap ada penyelesai­an untuk semua masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rawi berkata, pihaknya mengharapk­an campur tangan kerajaan negeri untuk menyelesai­kan masalah berlarutan itu.

“Berdasarka­n maklumat, kandang itu berlesen dan pernah dilawati jabatan kesihatan,” katanya.

 ??  ?? SEORANG penduduk menunjukka­n bangkai lalat pada perangkap yang diletakkan di dalam rumah mereka di Kinta Valley.
SEORANG penduduk menunjukka­n bangkai lalat pada perangkap yang diletakkan di dalam rumah mereka di Kinta Valley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia