Harian Metro

Artis ‘terpukul’ lagi?

Ramai pengkarya seni terkesan ketika fasa PKP lalu apabila ada yang terpaksa balik ke kampung kerana tidak mampu bertahan dengan kos sara hidup tinggi di ibu kota

- Penulis, Wartawan Hiburan Harian Metro

Sejak Mac lalu hingga kini, nampaknya kisah penularan pandemik Covid-19 masih menjadi bualan hangat. Bukan hanya di Malaysia namun di seluruh dunia.

Ternyata tahun 2020 ini sangat mencabar, membawa satu lembaran yang sukar diungkap apabila kita semua makin terbiasa dengan amalan norma baharu kehidupan.

Namun, ‘baru nak menarik nafas lega’ selepas segala usaha melandaika­n rantaian penularan hampir berjaya, kini Malaysia berhadapan serangan gelombang ketiga Covid-19.

Sejak minggu lalu hingga kini, dalam laporan harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumka­n peningkata­n kes jangkitan terutama di Sabah. Malah, jumlah kematian juga bertambah termasuk kewujudan kluster baharu.

Menyedari keselamata­n kita semua paling utama, kelmarin Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini.

PKPB selama dua minggu ini dijangka berakhir pada 27 Oktober nanti. Justeru, kita semua harus akur dengan arahan dilaksana dan kembalilah semula mematuhiny­a meskipun, kegiatan ekonomi dibenarkan.

Melihat pada apa yang berlaku ini, usahlah terus menuding jari kepada mana-mana pihak. Sekarang, apa yang lebih penting kita harus terus bersatu untuk menangani serangan Covid-19 ini bersama-sama.

Apapun, satu cabaran juga buat pengkarya seni tanah air dengan pelaksanaa­n PKPB ini. Apakah aktiviti penggambar­an yang kini rancak dilakukan harus ‘berehat’ seketika?

Ia berikutan, aktiviti budaya dan sosial tidak dibenarkan ketika PKPB. Jadi, teringat pula temu bual bersama pelakon Beto Kusyairi yang ditemui ketika pelancaran filem Aku Bukan Gila lakonannya, baru-baru ini.

Beto berkata, demi keselamata­n dan kesihatan yang terjamin, pengkarya seni perlu akur seandainya kerajaan melaksanak­an semula PKP akibat peningkata­n kes yang sukar dijangka kini.

Katanya, mungkin keadaan akan menyukarka­n pengkarya seni namun mereka tiada pilihan selain akur jika kes penularan Covid-19 gagal dibendung.

“Tiada siapa sebenarnya yang ingin fasa PKP dilaksanak­an semula. Tentunya, ia sekali lagi memberikan tekanan dan beban yang berat kepada pengkarya seni dan seluruh rakyat Malaysia.

“Pendapatan pasti terjejas. Namun, jika itu pilihan terakhir dan jalan terbaik untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 daripada meningkat setiap hari, kita harus menerimany­a walaupun dalam keadaan sukar,” katanya.

Mengakui sedar ramai pengkarya seni terkesan ketika fasa PKP lalu apabila ada yang terpaksa balik kampung kerana tidak mampu bertahan dengan kos sara hidup tinggi di ibu kota, ia adalah dugaan yang perlu dilalui kini.

Apatah lagi, bagi mereka yang sudah berkeluarg­a dan mempunyai anak, semestinya kos tanggungan sara hidup itu agak besar dan pasti semua orang tak mampu menghadapi PKP lagi.

Bagaimanap­un, Beto berkata, jika ia perlu dilaksanak­an demi kebaikan semua, apa pilihan yang kita ada melainkan kena tempuh juga walaupun kesannya amat perit.

Jadi, apa yang boleh kita buat sekarang banyakkan berdoa kepada Allah semoga dalam tempoh PKPB ini, kita semua dilindungi selalu dan seterusnya jumlah kes jangkitan berkuranga­n.

Jangan dilupa juga pesanan harian Dr Noor Hisham, supaya kita duduk saja di rumah sekiranya tiada sebarang keperluan tugas yang penting di luar.

Dalam keadaan sekarang, duduk di rumah lebih selamat. Selain itu, hindarkan berkunjung ke tempat sesak dan berkumpul.

Malah, pastikan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal satu meter dan harus kerap mencuci tangan dengan sabun setiap masa.

Kini, kita semua yang harus peka menjadi frontliner untuk menjaga diri sendiri, anak-anak, keluarga dan masyarakat di sekeliling. Apapun, semoga dugaan penularan Covid-19 di Malaysia berakhir segera.

 ??  ?? KAMPUNG People 2 antara drama yang penggambar­annya dilakukan dalam tempoh PKPB sebelum ini.
KAMPUNG People 2 antara drama yang penggambar­annya dilakukan dalam tempoh PKPB sebelum ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia