Harian Metro

Mesyuarat Kabinet melalui sidang video

-

Kuala Lumpur: Walaupun dalam tempoh kuarantin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap mempengeru­sikan mesyuarat Kabinet melalui persidanga­n video, pagi semalam.

Perdana Menteri melalui akaun Facebookny­a turut berkongsi beberapa gambar ketika berlangsun­gnya mesyuarat itu dari kediamanny­a.

Turut menyertai mesyuarat Kabinet itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Berdasarka­n perkongsia­n gambar itu, antara barisan menteri yang turut serta dalam mesyuarat Kabinet terbabit ialah Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Barisan menteri lain yang kelihatan ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique; Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

 ??  ?? MUHYIDDIN ketika sesi mesyuarat Kabinet yang dijalankan melalui sidang video di kediamanny­a.
MUHYIDDIN ketika sesi mesyuarat Kabinet yang dijalankan melalui sidang video di kediamanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia