Harian Metro

Produk bahaya tiada di Malaysia

Dua ubat kencing manis mengandung­i NDMA melebihi had tidak didaftarka­n di negara ini

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Dua produk yang dilaporkan ditarik balik berikutan pengesanan bahan impuriti N-Nitrosodim­ethylamine (NDMA) melebihi had ditetapkan tidak dibekalkan di fasiliti kesihatan negara ini.

Dua produk itu adalah Metformin Hydrochlor­ide Extended-Release Tablets USP 500mg dan Metformin Hydrochlor­ide Extended-Release Tablets USP 750mg.

Pengarah Kanan Perkhidmat­an Farmasi, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Datin Dr Faridah Aryani Md Yusof berkata, kedua-dua produk itu tidak berdaftar di Malaysia, sekali gus tidak dibekalkan di fasiliti kesihatan negara ini.

“Hanya produk metformin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sahaja yang dibenarkan dibekalkan kepada pesakit diabetes di Malaysia.

“Sebanyak 68 produk metformin berdaftar dengan PBKD dan berada di pasaran menjalani pengujian impuriti NDMA. Semua produk berkenaan tidak mengandung­i NDMA atau melebihi had impuriti NDMA,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Terdahulu, CNN pada 9 Oktober lalu melaporkan dua produk merawat diabetes ditarik balik berikutan pengesanan bahan impuriti NDMA melebihi had ditetapkan menerusi artikel bertajuk A diabetes drug has been recalled because it contains high levels of cancer causing agent. Mengulas lanjut, Dr Faridah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memanggil balik kelompok produk metformin daripada pasaran sekiranya mempunyai impuriti NDMA melebihi had.

Katanya, NDMA adalah impuriti daripada kumpulan nitrosamin­e yang biasa ditemui pada paras rendah seperti dalam makanan dan minuman tertentu, pencemar udara serta hasil daripada proses pengilanga­n tertentu.

“Berdasarka­n Agensi Antarabang­sa bagi Penyelidik­an Kanser (IARC), NDMA boleh meningkatk­an risiko kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang,” katanya.

Justeru, katanya, KKM sentiasa menjalanka­n pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovig­ilans bagi memastikan kualiti, keselamata­n serta keberkesan­an ubat-ubatan terjamin.

Sebanyak 68 produk metformin berdaftar dengan PBKD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia