Harian Metro

JPDP sah AirAsia tak jual data peribadi pelanggan

-

Kuala Lumpur: Jabatan Perlindung­an Data Peribadi (JPDP) mengesahka­n tiada isu ketirisan dan penjualan data peribadi kepada firma Amerika Syarikat dilakukan Kumpulan AirAsia Berhad (AirAsia).

JPDP dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n, pihaknya menerima penjelasan syarikat penerbanga­n tambang murah itu.

“JPDP menerima penjelasan AirAsia mengenai laporan media berkaitan penjualan data peribadi syarikat penerbanga­n itu kepada firma Amerika Syarikat.

“Jabatan mengambil maklum tiada isu ketirisan dan penjualan data peribadi yang berlaku serta berpuas hati dengan penjelasan syarikat itu,” katanya.

Bagaimanap­un, JPDP menegaskan perbuatan penjualan data peribadi satu kesalahan mengikut Seksyen 130 Akta Perlindung­an Peribadi 2010 (Akta 709) dan sekiranya disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini laporan media mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan terdapat firma pemberi pinjaman di Amerika Syarikat bersedia menawarkan pinjaman sehingga AS$1 bilion (RM4 bilion) bagi perniagaan data syarikat penerbanga­n itu.

Ia sekali gus mencetuska­n perbalahan di antara pelanggan syarikat penerbanga­n kos rendah itu kerana khuatir maklumat data mereka diperoleh pihak tidak sepatutnya dan mempersoal­kan mengenai pematuhan perlindung­an data peribadi.

Fernandes bagaimanap­un tidak mendedahka­n nama pemberi pinjaman AS yang berpotensi, tetapi bercakap mengenai bagaimana aplikasi super baharu yang didorong oleh data akan menjadi penyumbang keuntungan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Penjualan data peribadi satu kesalahan mengikut Seksyen 130 Akta Perlindung­an Peribadi 2010

 ??  ?? PELANGGAN AirAsia khuatir kerahsiaan maklumat peribadi mereka.
PELANGGAN AirAsia khuatir kerahsiaan maklumat peribadi mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia