Harian Metro

Syukur Jawi faham sukar cari wali

-

Kuala Lumpur: Pelakon Balkisyh Semundur Khan, 34, bersyukur apabila pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi) sudah memberikan maklum balas mengenai kesulitan dihadapi membabitka­n pencarian wali iaitu bapa kandungnya, Semundur Khan Gulam Khan bagi proses perkahwina­nnya dengan seorang duda berusia 34 tahun.

Balkisyh yang popular menerusi drama Mak Cun berkata, dia dihubungi pihak terbabit selepas artikel mengenai perkara itu disiarkan dalam portal Harian Metro, semalam. “Alhamdulil­lah, pejabat agama sudah menghubung­i saya. Terima kasih Harian Metro. Mereka meminta saya menghantar borang permohonan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat,” katanya.

Terdahulu, Balkisyh yang juga ibu tunggal anak dua memohon jasa baik pihak berkenaan dalam memudahkan proses perkahwina­nnya yang sudah tertunda hampir setahun.

Ia berikutan prosedur yang ditetapkan yang meminta pelakon itu tampil dengan wali iaitu bapa kandungnya.

Balkisyh berkata, dia sudah berusaha mencari bapanya itu termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gagal.

“Saya buat carian di JPN membabitka­n rekod kematian dan alamat terakhir. Selepas dua minggu saya diberitahu ayah masih hidup sebab tidak ada rekod kematian dan alamat terakhirny­a di Tawau, Sabah. Malangnya, rumah itu sudah dijual sejak lima tahun lalu.

“Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara sejak empat tahun lalu. Jadi, saya semakin buntu dan tiada petunjuk langsung jika benar-benar pihak jabatan agama tetap mahukan wali daripada bapa kandung,” katanya yang pernah lapan kali turun naik pejabat agama namun permohonan tetap ditolak.

 ??  ?? BALKISYH
BALKISYH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia