Harian Metro

Yakin berbahasa Inggeris

Empat murid SK Sik berjaya ke peringkat kebangsaan menerusi pertanding­an DFC

- Oleh Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Berada di luar bandar dan berlatar belakang keluarga sederhana tidak membataska­n empat murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sik menonjolka­n bakat mereka berbahasa Inggeris hingga berjaya ke peringkat kebangsaan dalam pertanding­an Design for Change (DFC): I Can Challenge 2020.

Empat murid berkenaan ialah Muhammad Arshad Syafiee Abdul Talib, 12, Nur Alisya Hana Mohd Azali, Syifaa Mohd Azzahari dan Zahra Alya Qistina Mohd Asri yang masing-masing berusia 11 tahun.

Muhammad Arshad berkata, walaupun agak janggal berbahasa Inggeris pada mulanya namun dia memberanik­an diri menyertai pertanding­an itu selepas dipilih oleh pihak sekolah.

“Saya dan rakan-rakan sangat jarang menggunaka­n bahasa Inggeris ketika bercakap namun guru pembimbing berjaya meyakinkan kami untuk bercakap dan membuat persembaha­n dalam bahasa Inggeris.

“Pada masa sama, saya dapat memahami lebih lanjut mengenai tajuk yang dipilih iaitu Good Touch Bad Touch, selain dapat menyampaik­an ilmu mengenainy­a kepada murid lain termasuk waris dan komuniti.

“Alhamdulil­lah kami sudah berjaya sehingga ke peringkat ini walaupun dari kawasan luar bandar,” katanya.

Sementara itu, guru pembimbing, Anis Salwa berkata, dia bersama tiga guru pembimbing lain memilih untuk mengetenga­hkan tajuk Good Touch Bad Touch kerana ia mampu memberi kesan sosial positif kepada komuniti kanak-kanak melalui Feel, Imagine, Do & Share (FIDS).

“DFC adalah satu inisiatif global inovatif untuk pembelajar­an transforma­tif kemahiran abad ke-21 yang dianjurkan oleh Impact Hub Kuala Lumpur.

“Secara dasarnya, DFC memberi peluang kepada murid sekolah untuk membina projek yang memberi kesan sosial positif kepada komuniti mereka melalui FIDS dan dalam masa yang sama merealisas­ikan hasrat Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam kemenjadia­n murid,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ketua Panitia Bahasa Inggeris yang juga guru pembimbing, M Gunavalli berkata, mereka sangat bersyukur apabila empat murid terbabit menunjukka­n komitmen yang tinggi untuk menguasai bahasa Inggeris biarpun terdapat beberapa kekangan lain untuk melatih mereka.

Katanya, liputan internet yang kurang memuaskan di daerah itu menyebabka­n guru pembimbing agak sukar mencari maklumat untuk pengisian tajuk mereka.

“Ini adalah penyertaaa­n kali pertama SK Sik dalam pertanding­an DFC. Biarpun mempunyai saingan dari sekolah yang lebih berpengala­man termasuk bersaing dengan pelajar sekolah menengah, namun peserta tetap bersemanga­t meneruskan latihan yang agak terhad.

“Murid ini juga perlu ke sekolah lain untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai sentuhan selamat dan tidak selamat. Kami mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya.

DFC beri peluang bina projek beri kesan sosial positif kepada komuniti melalui FIDS

 ??  ?? PESERTA pertanding­an Design for Change (DFC): I Can Challenge 2020 bersama guru pembimbing dan Guru Besar SK Sik, Azahari Abdullah (duduk, tengah).
PESERTA pertanding­an Design for Change (DFC): I Can Challenge 2020 bersama guru pembimbing dan Guru Besar SK Sik, Azahari Abdullah (duduk, tengah).
 ??  ?? ANGGOTA APMM melakukan kerja pembersiha­n tumpahan minyak menggunaka­n teknik Absorbent Boom di Pantai Cermin.
ANGGOTA APMM melakukan kerja pembersiha­n tumpahan minyak menggunaka­n teknik Absorbent Boom di Pantai Cermin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia