Harian Metro

Seminggu pulih pencemaran minyak

-

Port Dickson: Tiada halangan untuk nelayan turun ke laut menangkap ikan kerana tidak semua kawasan perairan Port Dickson yang tercemar.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Halimi Abu Hanip berkata, pihaknya tiada halangan nelayan turun ke laut kerana itu punca rezeki mereka.

“Namun, jika pencemaran minyak itu masih ada dikhuatiri akan menjejaska­n hasil tangkapan dan juga merosakkan pukat yang mereka labuhkan.

“Nelayan juga digesa melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika pencemaran ini masih berterusan dan mengetahui daripada mana punca sebenarnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau juga meminta nelayan melaporkan segera kepada Jabatan Perikanan jika terjumpa penyu atau spesies ikan terancam seperti lumba-lumba terperangk­ap dalam pencemaran minyak untuk tindakan menyelamat.

“Nelayan adalah mata telinga kami di laut dan sebarang pencemaran di laut yang boleh menjejaska­n hidupan laut terutama spesies terancam, laporkan segera untuk tindakan kami.

“Kami berharap pencemaran ini dapat segera dibersihka­n kerana bimbang merosakkan hidupan laut terutama ikan yang secara tidak langsung sumber rezeki nelayan,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati operasi pembersiha­n di Pantai Cermin dan Tanjung Tuan yang tercemar akibat tumpahan minyak giat dilaksanak­an.

Mereka menggunaka­n jentera dan pembersiha­n secara manual bagi menghilang­kan kesan kotoran pencemaran minyak di sepanjang persisiran pantai.

Bagaimanap­un, operasi itu dijangka berterusan hingga keadaan pulih yang mengambil masa seminggu kerana meliputi kawasan sepanjang tiga kilometer.

Antara yang terbabit dalam operasi pembersiha­n bersepadu ini ialah Jabatan Alam Sekitar (Jas), Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari Alor Gajah dan Port Dickson, Jabatan Laut, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Bomba, PDRM, SWCorp, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia