Harian Metro

80% BERI TANDA BAGUS

- Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

Kerajaan akan merangka langkah komprehens­if dan menyeluruh di bawah Belanjawan 2021 melalui hasil dapatan Kaji Selidik Prihatin yang dijalankan antara 19 Ogos dan 22 September lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, antara dapatan yang akan diberi pertimbang­an merangkumi beberapa perkara termasuk meningkatk­an sokongan bagi perkhidmat­an kesihatan mental serta menambah peluang pekerjaan.

Selain itu, ia juga memberi tumpuan dalam mempermuda­h akses bantuan untuk golongan mudah terjejas seperti warga emas, memperkasa­kan peranan syarikat berkaitan kerajaan dalam menyokong komuniti serta meningkatk­an peranan Perusahaan Sosial.

“Kerajaan sedar masih ada ruang untuk penambahba­ikan dan akan sentiasa memberi yang terbaik buat rakyat, perniagaan dan ekonomi,” katanya ketika membentang­kan Laporan Laksana ke-25 Pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) menerusi laman sosial Facebookny­a, semalam.

Menurutnya, Unit Pelaksanaa­n Dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) menjalanka­n Kaji Selidik Prihatin untuk mendapatka­n maklum balas orang ramai mengenai impak pelaksanaa­n Pakej Prihatin kepada mereka.

“Ini juga antara usaha kerajaan untuk mendengar suara rakyat secara berterusan dan hasil dapatan Kaji Selidik Prihatin akan digunakan bagi merangka usaha pemulihan ekonomi, termasuk Belanjawan 2021 yang bakal diumumkan November ini,” katanya.

Menurutnya, lebih 11,000 responden menyertai kaji selidik itu termasuk sesi turun padang yang dilaksanak­an oleh pasukan Laksana ke lebih 10 lokasi seluruh negara.

Beliau berkata, sesi turun padang itu meliputi kumpulan sasar yang dikategori­kan sebagai ‘menghadapi masalah’ merentasi golongan pendapatan B40, M40 dan T20.

“Ini termasuk individu yang menganggur, bekerja sendiri atau pemilik perniagaan dan usahawan,” katanya.

Dari segi kepuasan pelaksanaa­n Prihatin, antara dapatan utama kaji selidik itu adalah lebih 80 peratus responden berpuas hati dengan pakej Prihatin.

“Daripada jumlah ini, 55 peratus menyatakan tahap kepuasan yang tinggi dan 26 peratus tahap kepuasan yang biasa,” katanya.

Katanya, tiga bantuan utama yang diterima atau dimanfaatk­an responden adalah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta Bantuan Sara Hidup (BSH), Internet percuma dan diskaun elektrik.

 ??  ?? KERAJAAN akan memberi tumpuan kepada usaha mempermuda­h akses bantuan untuk golongan yang mudah terjejas.
KERAJAAN akan memberi tumpuan kepada usaha mempermuda­h akses bantuan untuk golongan yang mudah terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia