Harian Metro

100 pekerjaan hilang, 22 penggantia­n

-

Kuala Lumpur: Pasaran tenaga kerja bagi suku ketiga 2020 semakin baik didorong oleh langkah luar jangka bagi mengekalka­n pekerjaan selain aktiviti pengambila­n semula pekerja yang ketara susulan pemulihan ekonomi.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Jessica Chew berkata, pembukaan semula ekonomi pasca tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pemulihan permintaan luaran juga memacu peningkata­n aktiviti pengambila­n semula pekerja pada suku berkenaan.

Malah, bagi setiap 100 pekerjaan yang hilang kini menyaksika­n 22 penggantia­n berbanding cuma sembilan penggantia­n pada suku kedua, katanya.

“Sudah pasti ada sektor yang mana prospek pemulihan penggajian dan pendapatan­nya terbukti lebih mencabar seperti industri berkaitan pelanconga­n, namun kadar penganggur­an juga bertambah baik kepada 4.7 peratus pada Julai.

“Terdapat tanda pasaran tenaga kerja semakin pulih dan ini dijangkaka­n dapat bertahan pada suku keempat 2020 apabila kegiatan ekonomi terus meningkat,” katanya pada sesi taklimat media secara maya sempena Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2020 yang dikeluarka­n semalam.

Chew juga menyifatka­n kadar subsidi dan program yang diperkenal­kan kerajaan sebagai kritikal pada masa ini dalam usaha menjamin persekitar­an pasaran tenaga kerja.

Pendekatan yang diambil seperti moratorium bersasar dan bantuan menerusi pakej rangsangan juga dijangka diteruskan hingga 2021.

Pada Julai lalu, kerajaan mengumumka­n pelaksanaa­n lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar.

Kadar penganggur­an juga bertambah baik kepada 4.7 peratus pada Julai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia