Harian Metro

Selangor jangka rekod FDI RM8b

RM3.3 bilion nilai pelaburan dilulus setakat 30 Jun lalu

- Oleh Rosyahaida Abdullah bisnes@hmetro.com.my

Pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah sekurang-kurangnya RM8 bilion yang dijangka direkodkan negeri Selangor pada tahun ini masih baik meskipun ia mungkin susut sehingga separuh berbanding angka 2019.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelaburan, Industri & Perdaganga­n dan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, berdasarka­n laporan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (Mida) yang diperolehn­ya dua hari lalu, sejumlah RM3.3 bilion nilai pelaburan sudah diluluskan untuk negeri itu setakat 30 Jun lalu bagi tahun ini.

Mengakui angka terbabit lebih rendah berbanding sasaran, Teng bagaimanap­un menyifatka­n ia sebagai cukup memuaskan dengan mengambil kira situasi pandemik Covid-19 yang membawa kepada pelaksanaa­n pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh berbulan lamanya.

“Pada 2018 kita (Selangor) merekodkan FDI bernilai RM18.9 bilion, angka tertinggi dicatatkan dalam tempoh lima tahun diikuti tahun lalu kedua tertinggi iaitu RM17 bilion.

“Untuk tahun ini, kita mempunyai kira-kira RM5 bilion lagi pelaburan yang masih dalam proses mendapatka­n kelulusan dan tentunya kita percaya kesemuanya akan diluluskan menjelang akhir tahun ini.

“Jika ini berlaku, sekurang-kurangnya RM8 bilion nilai FDI akan direkodkan di Selangor di mana saya fikir sudah cukup bertuah untuk kami mencatatka­n jumlah ini apabila melihat bagaimana Covid-19 dan pelaksanaa­n PKP memberi impak kepada ekonomi seluruh dunia sejak awal tahun ini,” katanya pada sidang media yang diadakan secara maya sempena pelancaran Selangor Internatio­nal Business Summit, semalam.

Mengulas mengenai Belanjawan 2021 untuk pemulihan ekonomi, Teng berpendapa­t perlunya pakej rangsangan ditambah baik susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bermula semalam.

“Selangor menyumbang 24.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lalu, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 16 peratus,” katanya.

 ??  ?? TENG pada pelancaran Selangor Internatio­nal Business Summit yang dilakukan secara maya.
TENG pada pelancaran Selangor Internatio­nal Business Summit yang dilakukan secara maya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia