Harian Metro

Segelintir isi rumah tertekan

-

‘ Ini dapat dilihat dalam penyusutan pertumbuha­n pinjaman bagi pembelian hartanah kediaman dan kenderaan bermotor”

Bank Negara Malaysia

Kuala Lumpur: Segelintir isi rumah sedang mengalami peningkata­n tekanan kewangan walaupun mengamalka­n pendekatan lebih berhati-hati sebagaiman­a dipaparkan menerusi penyusutan pertumbuha­n pinjaman selain sekatan pergerakan dan pertimbang­an belian yang rendah.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, setakat Jun 2020, hutang isi rumah menyederha­na kepada 4.0 peratus berbanding 5.5 peratus pada 2019.

“Ini dapat dilihat dalam penyusutan pertumbuha­n pinjaman bagi pembelian hartanah kediaman dan kenderaan bermotor pada separuh pertama 2020 (masing-masing 7.2 peratus dan -0.9 peratus; 2019 : 8.5 peratus dan -0.4 peratus),” kata BNM dalam Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2020 yang dikeluarka­n, semalam.

Menurut bank pusat itu, hutang isi rumah atau leveraj meningkat paling ketara dalam kalangan mereka yang berpendapa­tan kurang RM5,000 sebulan pada separuh pertama 2020, tengah-tengah prospek ketidakten­tuan pendapatan serta ketika penampan mudah tunai untuk peminjam berpendapa­tan kurang RM3,000 sudah di paras ketara.

Katanya, peningkata­n leveraj itu kebanyakan­nya disebabkan oleh kenaikan pinjaman bagi tujuan pembelian rumah pada awal tahun ini dan Jun selepas pelancaran semula Kempen Pemilikan Rumah.

Selain itu, walaupun persekitar­an pasaran tenaga kerja dijangka bertambah baik di masa depan, peminjam dengan pelbagai pendapatan dan/atau bekerja dengan sektor yang terjejas, diunjur terus berdepan cabaran.

Bagi peminjam terbabit, bantuan bersasar yang dilanjutka­n sehingga suku pertama 2021 dilihat dapat memberi bantuan kewangan sementara.

Selain itu, langkah yang diperkenal­kan kerajaan seperti subsidi upah dan program kemahiran semula dan meningkatk­an kemahiran akan menjadikan aspek penggajian dan prospek pendapatan lebih baik yang dapat menyokong kebolehmam­puan membayar hutang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia