Harian Metro

Rompak wanita bayar hutang

-

Akibat terdesak untuk melangsaik­an hutang untuk membina rumah, seorang lelaki di Indonesia cuba mencari wang segera dengan merompak.

Pengawal keselamata­n berusia 39 tahun itu dipercayai merompak seorang wanita berusia 56 tahun di Mojokerto, Jawa Timur pada 7 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang wanita kerugian 50 juta rupiah (RM14,000).

Bagaimanap­un, kerja haram suspek berjaya dihidu polis yang berjaya menahan lelaki terbabit di rumahnya, sehari selepas kejadian.

Ketua Polis Mojokerto, Dony Alexander berkata, suspek dipercayai sudah beberapa kali mengintip rumah mangsa sebelum memutuskan untuk melakukan rompakan itu.

Menurutnya, selepas yakin mangsa tinggal bersendiri­an, suspek kemudian memecah masuk kediaman wanita itu.

Katanya, pada kejadian itu, suspek melarikan pelbagai barang kemas dan harta benda lain milik mangsa.

“Suspek bertindak sedemikian kerana mempunyai hutang yang perlu dilangsaik­an selepas membina rumahnya.

“Terdesak untuk mendapatka­n wang segera menyebabka­n suspek mengambil keputusan untuk merompak,” katanya seperti dllaporkan portal Kompas.

Katanya, siasatan lanjut juga mendapati suspek turut merompak seorang guru di kawasan Ngoro, pada Mac lalu.

Bagaimanap­un, pada kejadian itu, dia berjaya meloloskan diri.

Dony berkata, suspek ketika disoal siasat turut mengakui bahawa wang gaji yang diterima masih tidak mampu menampung hutang yang banyak.

Bagaimanap­un, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 12 tahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia