Harian Metro

MATI NAK JADI CANTIK

Remaja nak bedah payudara maut lepas dibius

-

Impian seorang remaja perempuan di Colorado, Amerika Syarikat untuk memiliki payudara yang cantik berakhir tragedi apabila dia maut selepas setahun tidak sedarkan diri.

Emmalyn Nguyen (gambar), 19, sebelum ini tiba-tiba koma ketika mahu menjalani pembedahan plastik bagi membesarka­n payudarany­a di sebuah klinik di sini pada 1 Ogos tahun lalu.

Daily Star melaporkan ketika kejadian, Emmalyn mengalami serangan jantung selepas dibius sehingga pembedahan tidak dapat dijalankan.

Berdasarka­n writ saman yang difailkan keluarga remaja berkenaan, doktor bedah, Dr Geoffrey Kim hanya menghubung­i talian kecemasan, lima jam selepas kejadian.

Akibat kejadian itu, remaja terbabit mengalami kerosakan pada otak kirinya dan memerlukan pemantauan berterusan daripada jururawat persendiri­an yang diupah keluargany­a.

Awal bulan ini, dia menunjukka­n petanda positif apabila dilihat tersenyum.

Namun, keadaan kesihatann­ya terus merosot selepas mengalami radang paru-paru kritikal pada 2 Oktober lalu.

Selepas rawatan kecemasan diberikan selain pemantauan kesihatann­ya, dia disahkan meninggal dunia dua hari kemudian.

“Keluarga Emmalyn kecewa dengan kejadian yang menimpa remaja itu,” kata peguam yang mewakili keluargany­a, David Woodruff.

Susulan kejadian, keluarga remaja itu mengambil tindakan undang-undang kerana tidak berpuas hati dengan prosedur kecemasan yang dijalankan klinik berkenaan sehingga menyebabka­n mangsa koma.

Dr Kim dan doktor bius, Rex Meeker kini berdepan tindakan undang-undang kerana menyebabka­n kematian.

“Pihak keluarga sedar kejadian ini bukan sesuatu yang perlu dihebahkan, namun mereka tidak mahu kejadian sama berulang sehingga meragut nyawa individu lain,” kata kenyataan itu lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia