Harian Metro

Peru buka Machu Picchu cuma untuk pelancong Jepun

-

Lima: Lokasi tarikan pelancong terkenal di Peru, Machu Picchu dibuka semula selepas sebulan ditutup kepada umum ekoran pandemik Covid-19 di negara berkenaan.

Namun, kali ini pembukaann­ya hanya dikhaskan kepada seorang pelancong Jepun yang terkandas di negara berkenaan disebabkan Covid-19.

“Saya menjadi orang pertama di dunia ini yang dibenarkan masuk ke Machu Picchu sejak ia ditutup,” kata Jesse Katayama menerusi catatan di Instagram bersama beberapa keping gambar di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, kebenaran yang diberikan kerajaan Peru adalah sesuatu yang menakjubka­n.

“Ini sesuatu yang menakjubka­n dan terima kasih,” kata lelaki itu menerusi rakaman video di Facebook agensi pelanconga­n tempatan di Cusco.

Katayama merakamkan video berlatar puncak gunung yang dihiasi dengan binaan kuno yang ditutup kepada orang awam sejak Mac lalu.

Kawasan pelanconga­n itu sebelum ini menarik ribuan pelancong setiap hari, namun ia sepi selepas penularan wabak maut itu di seluruh dunia.

Jurulatih tinju berusia 26 tahun dan berasal dari Nara, Jepun itu terkandas di Peru, sejak Mac lalu.

Dia membeli tiket masuk sehari sebelum kerajaan mengumumka­n perintah kecemasan kesihatan seluruh negara.

Bercakap kepada media tempatan, lelaki itu berkata, dia pada mulanya merancang untuk menghabisk­an tiga hari di kawasan itu.

Namun, disebabkan pembatalan penerbanga­n selain sekatan perjalanan menyebabka­n dia tersekat di situ, sejak Mac lalu.

Dia bernasib baik apabila bertemu dengan pihak berkuasa pelanconga­n yang kemudianny­a bersetuju memberi kebenaran untuk melawat Bandar Inca hanya untuk dirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia