Harian Metro

Kafe kucing hitam

Premis minuman beri peluang pelanggan nikmati kopi sambil belai si manja

-

Sebuah kafe di Himeji menjadi kafe pertama di dunia yang hanya memiliki kucing berwarna hitam sebagai tarikan kepada pelanggan.

Kafe bernama Nekobiyaka itu memberi peluang kepada pelanggann­ya menikmati kopi sambil bermain dengan kucing.

Di Jepun, terdapat ratusan kafe kucing, namun Nekobiyaka menjadi satu-satunya premis yang menawarkan pengalaman membelai kucing berwarna hitam.

Dibuka pada 2013, kafe berkenaan menjadi antara tarikan utama pelancong tempatan dan luar negara di Himeji.

Oddity Central melaporkan pemiliknya, Yagi mendapat idea itu selepas mahu menjadikan kafenya sebagai lokasi ideal untuk orang ramai bermanja dengan kucing hitam.

Ia juga mengelakka­n haiwan berkenaan berkeliara­n di jalanan.

Ini memandangk­an tidak ramai orang di Jepun yang mahu membela kucing berwarna hitam dan menyebabka­n banyak kucing dengan warna itu hidup dalam keadaan menyedihka­n. Selain itu, ada juga yang percaya bahawa kucing hitam akan membawa nasib malang, meskipun ia adalah perkara mengarut.

Pada satu-satu masa, sekurang-kurangnya 10 kucing hitam dengan setiap satunya mempunyai kolar khas akan dibiarkan bergerak bebas di dalam kafe berkenaan.

Yagi turut menggalakk­an orang ramai untuk mengambil kucing berkenaan untuk dipelihara sebagai haiwan peliharaan.

Setiap kali seekor kucing mendapat penjaga baharu, dia akan mengambil kucing lain untuk dari pusat kebajikan haiwan sebagai ‘ganti’ untuk diletakkan di kafenya.

Setakat April lalu, sebanyak 321 kucing hitam sudah mempunyai tuan baharu.

Namun, sejak Covid-19 melanda negara itu, perniagaan kafe itu turun mendadak kerana ketiadaan pelancong.

 ??  ?? KUCING hitam di kafe berkenaan.
KUCING hitam di kafe berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia