Harian Metro

ANNA BAIKI KELEMAHAN

Cuba tingkat penguasaan Bahasa Melayu untuk majukan diri

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Nama pelakon cantik ini mula mencuri perhatian selepas menyertai pertanding­an Dewi Remaja tahun lalu.

Biarpun dihimpit kontrovers­i pada awal kemunculan­nya, Anna, 20, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman tidak mahu membiarkan perkara itu merajai kehidupan peribadi sekali gus membantutk­an perjalanan kerjaya.

Apa yang pasti, selepas dua tahun terbabit dalam bidang seni, Anna semakin optimis dengan langkah yang dipilih. Malah, apa yang menjadi fokusnya kini adalah untuk terus memajukan diri.

“Selepas Dewi Remaja, saya mendapat tawaran berlakon, tapi saya tolak sebab rasa tak yakin nak cakap Melayu lagi. Jadi, saya fokus kepada peragaan dan iklan komersial dulu.

Sekarang, pertuturan Melayu saya sudah ada peningkata­n dan berasa lebih yakin untuk berlakon dan mengacara.

“Saya akui apabila mula aktif berlakon, saya berasa susah juga sebab bukan senang nak berlakon dalam drama atau filem tempatan jika tak fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Tapi, apabila ada peningkata­n banyak peluang datang.

“Walaupun belum 100 peratus fasih, setiap hari saya belajar untuk ke arah itu. Saya masih ada kelemahan dan mencari jalan untuk majukan diri,” katanya.

Anna berkata, apa yang menjadi keutamaan kini adalah bidang lakonan dan mencabar diri untuk melakonkan apa saja watak bagi mendapatka­n pengalaman.

“Buat masa sekarang, saya memang fokus berlakon sebab saya masih baru dalam bidang ini kerana mahu mencari pengalaman. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan ia tak cukup pun kalau hanya dalam masa setahun.

“Saya sangat sukakan bidang lakonan dan dalam masa sama nak mengembang­kan lagi bakat dalam bidang pengacaraa­n untuk program Melayu. Ini kerana saya pernah buat program berbahasa Inggeris.

“Bidang nyanyian pula, saya tak minat. Tapi, siapa tahu pada masa akan datang kan. Cuma macam dikatakan tadi, semuanya perlu melalui proses pembelajar­an,” katanya.

Mengenai usia remajanya, Anna menyifatka­n dia gembira apabila dapat diberi peluang bekerja. Bagi dirinya, tidak timbul soal dia mempersiak­an masa dan usia remaja.

“Saya tak rasa bekerja pada usia sekarang membuang masa remaja. Sebenarnya, saya gembira dapat diberi peluang melakukan perkara yang disukai iaitu lakonan dan model. Daripada saya membuang masa buat perkara tak berfaedah, lebih baik saya bekerja.

“Bukan semua orang akan dapat peluang sama. Jadi, apa yang penting adalah hargai masa muda dan remaja anda dengan perkara yang anda suka. Ini lebih membuatkan saya bersyukur,” katanya.

Begitu juga dalam percintaan, Anna mengakui ramai lelaki yang ingin berkawan dan menjalin hubungan dengannya.

Namun, dia mempunyai prinsip untuk memberi fokus dan keutamaan kepada diri sendiri dan kerjaya terlebih dahulu.

“Saya tak boleh tipu mengenai perasan nak bercinta. Malah, ada beberapa lelaki yang suka pada saya, tapi saya tidak mahu lagi ke arah itu. Saya nak fokus kepada kerjaya yang baru bermula ini. Dan tentu saja nak berjaya dalam industri.

“Jadi, sejujurnya menjalin hubungan percintaan dengan mana-mana lelaki sekarang belum lagi. Saya masih muda dan perjalanan masih panjang. Malah, ramai juga orang industri yang menasihati termasuk kedua ibu bapa supaya tidak terlalu memikirkan perkara itu,” katanya.

Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman yang ingin dijadikan pasangan, Anna berkata, dia mahukan seseorang yang memahami diri dan kerjayanya.

“Mujur saya jenis yang berdikari dan perlukan pasangan yang boleh memahami dan bukannya mengongkon­g. Buat masa sekarang saya belum jumpa lagi ciri-ciri itu. Insya-Allah, kalau ada jodoh, tak ke mana. Tapi buat masa ini, saya gembira hidup solo,” katanya.

Dalam perkembang­an terbaharu, Anna terbabit dalam penggambar­an drama Shah Alam 40K yang turut menampilka­n pelakon hebat Datin Seri Umie Aida dan Rita Rudaini.

“Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka akan berlakon dengan dua pelakon wanita hebat, kak Umie dan kak Rita. Ini pertama kali saya melakonkan watak utama dan berganding­an pula dengan mereka.

“Saya berterima kasih kepada syarikat pengurusan untuk peluang ini dan juga penerbitan, Global Station yang mempercaya­i bakat saya untuk melakonkan watak ini.

“Melihatkan cara kak Umie dan kak Rita, tak mustahil mereka boleh bertahan dan berjaya dalam bidang ini kerana mereka sangat merendah diri dan memberikan komitmen yang tinggi.

“Mereka selalu tolong, memberikan ilmu baru dan nasihat kepada saya di lokasi. Saya sangat respek dan mengidolak­an mereka, ”katanya.

Saya tak boleh tipu mengenai perasan nak bercinta. Malah, ada beberapa lelaki yang suka pada saya, tapi saya tidak mahu lagi ke arah itu. Saya nak fokus kepada kerjaya yang baru bermula ini. Dan tentu saja nak berjaya dalam industri

ANNA

 ??  ??
 ??  ?? SEMAKIN fasih berbahasa Melayu.
SEMAKIN fasih berbahasa Melayu.
 ??  ?? MAHU kembangkan bakat dalam bidang pengacaraa­n.
MAHU kembangkan bakat dalam bidang pengacaraa­n.
 ??  ?? JADIKAN Rita Rudaini (kiri) dan Umie Aida (tengah) sebagai idola.
JADIKAN Rita Rudaini (kiri) dan Umie Aida (tengah) sebagai idola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia