Harian Metro

ACHEY SEGERAKAN RAWATAN IVF

Isteri pasang impian mahu anak dari rahim sendiri

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Impian pelawak Achey dan isteri untuk menimang cahaya mata sendiri tidak pernah padam dan mereka sentiasa berusaha mencari jalan terbaik.

Achey berkata, dia mahu menjalani rawatan kesuburan menerusi proses ujian persenyawa­an in vitro (IVF) bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya. Bagaimanap­un, hasrat itu belum tertunai sejak mula dirancang pada penghujung tahun lalu. “Awal bulan Disember tahun lalu, kami merancang nak buat

IVF. Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancanga­n itu agak susah kerana nak buat proses itu tak boleh ada rasa tekanan atau stress. “Sepatutnya Jun lalu, tapi kerana tuntutan kerja dan wabak Covid-19 pula. Insya-Allah mungkin dalam tahun ini juga, kalau boleh secepat mungkin. Isteri pun kalau boleh nak anak dari rahim sendiri juga ,” katanya. Menurut Achey, selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada

Mei 2018 yang kini berusia dua tahun, dia dan isteri memang mempunyai perancanga­n untuk menambah anak.

Pada masa sama, katanya, dia tidak kisah sekiranya ada rezeki untuk mengambil anak angkat lagi.

“Kalau dapat seorang anak angkat lagi saya ambil sahajalah dulu. Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi. Bila dah ada seorang jadi seronok. Cuma, kalau boleh nak puas jaga sampai umurnya tiga tahun. Mungkin tambah seorang anak lelaki pula.

“Cuma, sebelum nak ambil tu, saya kena fikirkan dalam ahli keluarga saya ada tak yang boleh jadi ibu susuan untuknya,” katanya. Sebelum ini, Achey pernah memaklumka­n isterinya mengalami masalah dalam memberi penyusuan badan kepada anak angkatnya.

Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.

Kalau dapat seorang anak angkat lagi saya ambil sahajalah dulu. Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi

ACHEY

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia