Harian Metro

BUAT JUALAN ATAS TALIAN

BTS buka kedai sementara, jual lebih 300 jenis produk

-

Annyeongha­seyo! Kejayaan luar biasa dituai kumpulan BTS ketika ini ternyata membuka peluang perniagaan yang cukup luas untuk dimanfaatk­an agensinya Big Hit Entertainm­ent.

Apatah lagi permintaan terhadap barangan BTS tidak pernah putus.

Justeru, agensi terbabit mengumumka­n bakal membuka kedai dalam talian untuk produk mereka yang dinamakan BTS POPUP: MAP OF THE SOUL. Konsep perniagaan itu diinspiras­ikan daripada album MAP OF THE SOUL: 7.

Dikendalik­an Big hit IP, kedai terbabit bakal menjual lebih 300 jenis barangan termasuk pakaian dan peralatan rumah.

Berbeza dengan kedai terdahulu, operasi perniagaan terbaru ini hanya akan dijalankan secara dalam talian sekali gus capaian pembelinya menjadi lebih luas disebabkan kedai itu boleh diakses bukan sekadar di Korea Selatan tetapi juga negara luar antaranya Indonesia, Malaysia, Filipina, Amerika Syarikat (AS), Jerman, Britain dan Perancis.

Korea Selatan dan AS terlebih dulu diberikan akses pembelian yang bermula 23 Oktober ini sehingga 24 Januari tahun depan. Manakala, negara rantau Eropah dan Asia yang lain sepanjang 14 November ini hingga 14 Februari tahun depan.

Apa yang menarik, penjualan pelbagai barangan itu akan turut disertai dengan pertunjuka­n terperinci setiap produk dari bilik pameran yang beroperasi di Seoul, Tokyo dan Singapura. Ia mengenakan tema warna biru seperti digunakan untuk album MAP OF THE SOUL: 7.

Menerusi sebuah bilik pameran utama di mana barangan cenderahat­i itu dijual, suasananya juga direka begitu menarik. Pelbagai ruangan dihias dengan konsep gubahan semula serta muzik video dalam album berkenaan.

Tidak ketinggala­n satu ruang yang menempatka­n patung animasi setiap anggotanya dipanggil TinyTan juga akan dibina. Pameran terbabit akan berlangsun­g mengikut tarikh kedai dalam talian itu beroperasi.

Bagaimanap­un, penetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat masih akan dibuat di sebalik keterujaan peminat mengunjung­i bilik pameran terbabit. Mereka akan diminta penganjur untuk patuh kepada segala protokol semasa di lokasi itu.

Menurut jurucakap Big Hit IP, konsep kedai dalam talian itu diadakan benar-benar mengikut normal baharu dihadapi dunia sekarang. Selain itu, pihaknya berharap kerinduan peminat terhadap BTS akan terubat dengan adanya bilik pameran berkenaan.

“Kedai BTS POP-UP: MAP OF THE SOUL akan dijalankan serentak dalam talian dan luar talian untuk memberikan pengalaman berbeza kepada peminat dalam era normal baharu.

Kami berharap ia bakal memberi kegembiraa­n buat mereka.

“Diharap juga bilik pameran di Seoul, Tokyo dan Singapura akan mengubat kekecewaan peminat yang bersedih selepas pembatalan siri jelajah BTS. Inisiatif ini adalah antara cara untuk membuatkan mereka lebih dekat dengan BTS,” kata kenyataan itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia