Harian Metro

TURUN GUNUNG BAHARU SEDAR PKP

Ekspedisi ke Gunung Murud memori tidak dapat dilupakan kala pandemik

- Oleh Hafizah Hassan rencana@hmetro.com.my

Selepas mengambil kira pelbagai faktor, ekspedisi penulis dan rakan untuk mendaki Gunung Murud di Sarawak diteruskan pada cuti sekolah pertengaha­n penggal pertama lalu meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) pada 11 Mac lalu mengisytih­arkan Covid-19 sebagai pandemik.

Penerbanga­n kami ke Miri pada subuh 14 Mac lalu diteruskan namun sebagai langkah berjaga-jaga, pelitup muka sentiasa dipakai di tempat awam dan cecair sanitasi tangan sentiasa berada di saku.

Bandar Miri ketika itu masih tenang dan pada pagi 16 Mac lalu, kami seramai tujuh orang berlepas dengan pesawat ringan MASwings menuju Ba’kelalan.

Ekspedisi kali ini membabitka­n pendakian sehala dari Ba’kelalan ke Bariosejau­h 42 kilometer merentas hutan belantara selama empat hari.

Selepas selamat mendarat, kami disambut pemandu arah, Pak Gukang dan kenderaan pacuan empat roda juga sedia menanti.

Selesai urusan pembayaran, menikmati makan tengah hari dan mengemas bagasi, perjalanan kami pun bermula.

Laluan 45 minit pertama melalui jalan tanah merah beralun menuju kem

Lepo Bunga.

Dari situ, dengan berat purata beg masing-masing sekitar 15 kilogram, kami perlahan-lahan memulakan pendakian.

Dari permulaan denai ke Kem Gereja, kami berhenti sebentar di Jambatan Sukacita dan Batu Linanit.

Jambatan Sukacita dibina masyarakat Kelabit pada 1985 bagi memudahkan perjalanan ke Kem Gereja dan Gunung Murud yang turut dianggap sebagai gunung suci.

Struktur kayu yang sebahagian besarnya sudah reput diganti dengan besi dan di Batu Linanit, pemandanga­n indah terhampar saujana mata memandang.

Pendakian diteruskan selama tiga hari sebelum Puncak Murud akhirnya ditawan.

Lebih menariknya sepanjang ke puncak Gunung Murud, hutannya belum terusik dan kekal terpelihar­a.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah menyeberan­g paya yang digelar paya anaconda di hujung pendakian.

Kawasan berkenaan luas dan dipenuhi rumput tinggi dengan kedalaman yang tidak dapat dipastikan.

Kami menyeberan­ginya dengan meniti balak yang terendam separas betis, batangnya tidak kelihatan sebaliknya perlu diraba dengan kaki atau tongkat.

Syukur ke hadrat Ilahi, pada 19 Mac lalu, ekspedisi Gunung Murud berjaya ditamatkan dan kami sampai di perkampung­an Pa’lungan iaitu sebuah desa kecil di pedalaman Sarawak.

Kami sempat menumpang membersihk­an diri di sebuah inap desa sementara menunggu kenderaan tiba untuk ke Bario.

Taliantele­fon bagaimanap­un belum ada dan segala tempahan pengangkut­an sepanjang ekspedisi hanya berpegang pada janji seperti zaman dahulu kala.

Mujur kenderaan pacuan empat roda yang ditempah muncul seperti yang dijanjikan dan sebaik sahaja memasuki sempadan Bario, mesej di telefon ‘berderuder­u’ masuk menggegark­an poket.

Semua itu bagaimanap­un tidak dihiraukan kerana kami lebih teruja melihat keindahan Bario yang dikeliling­i gunung-ganang.

Sebaik sahaja tiba di inap desa baru kami sedar bahawa sudah dua hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa di seluruh negara dan keluarga masing-masing bimbang kerana sudah empat hari tiada khabar berita.

Kami turut mendapat khabar duka apabila penerbanga­n dari Miri ke Kuala Lumpur dibatalkan serta-merta. Dek PKP tuan rumah inap desa itu tidak membenarka­n kami merayau ke sekitar kampung.

Segala berita terkini kami peroleh daripada tuan rumah sahaja termasuk maklumat penerbanga­n.

Apapun, kami bertuah kerana pesawat ke Miri berlepas seperti dijadualka­n iaitu pada 21 Mac lalu, hari keempat PKP dilaksanak­an.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Miri, suasana kelihatan sepi dan kelihatan petugas sedang menampal pita pelekat merah untuk menanda penjarakan fizikal.

Tiket penerbanga­n baharu segera dibeli iaitu empat hari ke hadapan kerana penerbanga­n hari berkenaan sudah pun dibatalkan.

Berbekalka­n maklumat yang diberikan penduduk setempat, kami kemudian menginap di sebuah hostel bajet sementara menunggu penerbanga­n pulang.

Empat hari kami berkampung di hostel itu dengan bekalan makanan yang terhad dan ada kalanya terpaksa berkongsi apa yang ada dengan rakan.

Mujur ada kedai makan di kawasan itu yang sanggup menghantar makanan ke hostel setiap hari untuk makan tengah hari dan petang.

Pada 24 Mac lalu iaitu selepas genap seminggu

PKP dilaksanak­an, kami akhirnya dapat pulang ke Semenanjun­g dan perlu menjalani kuarantin sendiri selama14ha­ri.

Pengalaman pendakian kali ini meninggalk­an kenangan yang tidak akan dapat dilupakan, ia adalah pengalaman berharga untuk disampaika­n kepada anak cucu kelak.

 ??  ?? PEMANDANGA­N indah di Bario.
PEMANDANGA­N indah di Bario.
 ??  ?? WAJAH ceria selepas berjaya menakluk puncak Gunung Murud.
WAJAH ceria selepas berjaya menakluk puncak Gunung Murud.
 ??  ?? KEM Gereja yang menjadi tempat persinggah­an pendaki ke Gunung Murud.
KEM Gereja yang menjadi tempat persinggah­an pendaki ke Gunung Murud.
 ??  ?? WAJAH ceria dalam perjalanan pulang dari Bario ke Miri.
WAJAH ceria dalam perjalanan pulang dari Bario ke Miri.
 ??  ?? PENULIS di laluan pendakian ke Gunung Murud yang masih terpelihar­a.
PENULIS di laluan pendakian ke Gunung Murud yang masih terpelihar­a.
 ??  ?? BERSAMA tuan rumah homestay yang disewa.
BERSAMA tuan rumah homestay yang disewa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia