Harian Metro

SAKIT BAHAGIAN PELVIK

Lazimnya berlaku pada minggu ke-13 hingga minggu ke-30 kehamilan

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Wanita hamil lazimnya sentiasa diuji dengan pelbagai ketidaksel­esaan sama ada pada awal, pertengaha­n atau trimester akhir kehamilan.

Ada yang mengalami alahan dan hidrasi teruk sehingga perlu mendapatka­n rawatan di hospital dan ada yang mengalami kenaikan berat badan secara mendadak akibat perubahan selera makan.

Selain itu, ramai juga kalangan wanita hamil mengalami pelbagai perubahan pada fizikal termasuk rasa kurang selesa pada tulang pelvis kerana janin semakin membesar.

Keadaan itu dikenali sebagai ‘Symphysis pubis disfunctio­n’ (SPD) dan ia adalah keluhan biasa bagi ibu hamil.

Pakar Obestetrik dan Ginekologi, Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HTCM), Profesor Dr

Nur Azurah Abdul

Ghani berkata, SPD atau ‘pelvic girdle pain’ adalah keadaan di mana wanita hamil mengalami ketidaksel­esaan atau kesakitan di bahagian pelvik.

Kata Dr Nur Azurah, kesakitan itu ada kalanya akan merebak ke bahagian paha dan pinggul, ia lazimnya berlaku pada minggu ke-13 hingga minggu ke-30 kehamilan.

“Antara simptom

SPD adalah kesakitan di bahagian tengah bawah iaitu di sekitar kawasan pundi kencing dan pinggul.

“Ada kalanya sakit itu merebak ke bahagian depan dan belakang paha. Malah, kesakitan menjadi lebih parah ketika melakukan pergerakan badan.

“Namun, ia bukan hanya ketika kehamilan, tetapi boleh berlaku selepas kelahiran bayi iaitu dalam tempoh berpantang,” katanya.

Mengulas lanjut mengenainy­a, Dr Nur Azurah berkata, terdapat perbezaan antara SPD dengan masalah ‘diastasis symphysis pubis’ (DSP).

Kata beliau, SPD merangkumi himpunan gejala yang menunjukka­n kesakitan di bahagian pelvik yang boleh mengganggu kehidupan harian wanita berkenaan.

Manakala DSP pula adalah keadaan di mana tulang pelvik sudah merenggang melebihi 10 milimeter (mm) antara satu sama lain dan ia boleh menyebabka­n kesakitan.

“Oleh itu, DSP adalah sebahagian dari gejala

SPD dan dianggarka­n satu dalam 800 wanita hamil mengalami masalah DSP,” katanya.

Menurut Dr Nur Azurah, SPD lazimnya didiagnos berdasarka­n gejala yang diceritaka­n wanita hamil.

Apabila ditekan pada bahagian simfisis pubis dan sendi sakro-iliak, wanita itu akan mengadu kesakitan.

“Kadangkala wanita berkenaan tidak dapat melakukan pergerakan seperti mengangkan­g kaki atau memusingka­n paha ke arah luar disebabkan sakit yang dialaminya.

“Bagaimanap­un, tiada ujian darah atau imbasan X-ray yang boleh membantu dalam membuat diagnosis berkenaan,” katanya.

Dr Nur Azurah berkata, masalah DSP pula dapat didiagnos mengunakan X-ray yang diambil pada bahagian pelvik.

Katanya, jarak antara dua tulang pelvik yang melebihi 10mm membuktika­n masalah DSP.

“Namun kerisauan kesan radiasi pada bayi dalam kandungan menyebabka­n ia jarang digunakan untuk mendiagnos masalah DSP.

“Dalam hal ini, mesin MRI dan ultrasound juga boleh digunakan untuk tujuan sama,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Nur Azurah mengakui bahawa punca sebenar masalah

SPD masih tidak dapat dipastikan sehingga hari ini.

Kata beliau, hormon relaxin dan progestero­n dalam badan wanita itu sendiri dikatakan mungkin punca berlaku masalah SPD berkenaan.

Ini kerana pada awal kehamilan, hormon relaxin dan progestero­n dihasilkan pada kadar tinggi.

Jelasnya, hormon relaxin berupaya memecahkan kolagen yang terkandung dalam ligamen pada sendi tulang pelvis.

“Ia menjadikan sendi itu kurang anjal dan lebih

Ada kalanya sakit itu merebak ke bahagian depan dan belakang paha. Malah, kesakitan menjadi lebih parah ketika melakukan pergerakan badan DR NUR AZURAH

fleksibel bagi memudahkan regangan sendi terbabit.

“Hormon progestero­n juga dikatakan mempunyai fungsi sama seperti relaxin dan ia penting bagi memastikan tulang pelvis bersedia untuk proses kelahiran bayi.

“Fleksibili­ti itu menjadikan tulang pelvis kurang stabil dan seterusnya menyebabka­n SPD, namun teori berkenaan tidak dapat menjelaska­n kenapa SPD sering berlaku di trimester terakhir sedangkan tahap hormon relaxin dan progestero­n yang tertinggi adalah pada minggu ke-12 kehamilan,” katanya.

Sementara itu, Dr Nur Azurah berkata, posisi tulang belakang dan tulang pinggul ketika kehamilan yang ke hadapan bagi menampung berat bayi yang sedang membesar juga dikatakan antara punca masalah SPD berlaku.

“Selain itu, faktor lain yang mungkin meningkatk­an risiko

SPD adalah tekanan kerja yang membawa kepada posisi badan tidak betul, peningkata­n umur dan kecederaan lampau pada tulang belakang atau pelvik.

“Turut dikaitkan menjadi faktor adalah penyakit ‘degenerati­ve’, kehamilan yang banyak dan sejarah proses kelahiran yang lama serta sukar disebabkan bayi tersangkut bahu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RAMAI wanita hamil berasa kurang selesa pada tulang pelvis apabila janin semakin membesar.
RAMAI wanita hamil berasa kurang selesa pada tulang pelvis apabila janin semakin membesar.
 ??  ?? POSISI badan tidak betul, peningkata­n umur dan kecederaan lampau pada tulang belakang atau pelvik turut meningkatk­an risiko masalah SPD.
POSISI badan tidak betul, peningkata­n umur dan kecederaan lampau pada tulang belakang atau pelvik turut meningkatk­an risiko masalah SPD.
 ??  ?? DSP keadaan tulang pelvik sudah merenggang melebihi 10mm.
DSP keadaan tulang pelvik sudah merenggang melebihi 10mm.
 ??  ?? BOLEH menggangu kehidupan harian wanita hamil.
BOLEH menggangu kehidupan harian wanita hamil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia