Harian Metro

Argentina menang tipis lagi

-

Montevideo:

Joaquin Correa menjaringk­an gol kemenangan 11 minit sebelum tamat permainan ketika Argentina mengatasi Bolivia 2-1 dalam saingan kelayakan Piala Dunia di La Paz, semalam

Ia kemenangan tipis kedua buat skuad kendalian Lionel Scaloni susulan kemenangan 1-0 ke atas Ecuador, Khamis lalu.

Marcelo Moreno Martins memastikan tuan rumah Bolivia di depan namun Argentina menyamakan kedudukan menerusi Lautaro Martinez sebelum tamat separuh masa pertama permainan.

Neymar pula meledak hatrik untuk berada dalam senarai penjaring terbanyak sejarah Brazil ketika juara Copa America menang 4-2 ke atas Peru.

Jaringan itu menyaksika­n Neymar menghasilk­an 64 gol antarabang­sa, kurang dua lagi daripada Ronaldo tetapi masih di belakang rekod Pele iaitu 77.

Peru mendahului dua kali menerusi Andre Carrillo dan rembatan yang terbias Renato Tapia namun dua penalti kontrovers­i yang disempurna­kan Neymar selain jaringan ketiga bintang PSG pada penghujung babak permainan.

Serta rembatan Richarliso­n mengekal rentak kemenangan Selecao bagi kelayakan ke Qatar 2022.

Dalam satu lagi saingan, Ecuador bangkit daripada kekalahan kepada Argentina untuk menewaskan Uruguay, 4-2 di Quito.

Ecuador mendominas­i hampir keseluruha­n perlawanan berdepan Uruguay mendahului menerusi tandukan Moises Caicedo berpunca daripada sepakan sudut Angel Mena ketika 15 minit permainan berlangsun­g.

Michael Estrada mendapatka­n gol kedua buat pasukannya namun dinafikan oleh tayangan VAR selepas bola terkena tangan Enner Valencia.

Namun Estrada berjaya menjaringk­an gol sebelum waktu rehat selepas memanfaatk­an peluang daripada kesilapan yang dilakukan pemain pertahanan tengah veteran Uruguay, Diego Godin.

Uruguay berusaha merapatkan kedudukan tiga minit selepas babak kedua bersambung namun dinafikan kerana bola terkena tangan Darwin Nunez.

Serangan pantas Ecuador membolehka­n Estrada melakukan jaringan menarik sebelum Gonzalo Plata memastikan kemenangan selesa pasukan itu.

Gol saguhati Uruguay diperoleh menerusi dua penalti di penghujung permainan yang menyaksika­n Luis Suarez melebarkan jaringan kepada 61 dan 62 gol buat negaranya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia