Harian Metro

Prem lega PKPB tidak babit atlet

-

Kuala Lumpur:

Atlet karate negara, S Prem Kumar lega apabila dia bersama rakan sepelatih yang lain boleh meneruskan latihan seperti biasa berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak membabitka­n atlet negara.

Andai mereka perlu menempuhi sekali lagi perintah berkurung di rumah seperti sebelum ini, Prem mengakui ia satu tempoh yang sukar buat atlet sepertinya.

Ketika ini pun, Prem yang menjadi taruhan terbaik buat skuad karate negara ke temasya Olimpik Tokyo tahun depan belum mencapai tahap terbaik, apatah lagi jika dia terpaksa menempuh satu lagi tempoh PKP. “Sukan karate bukan seperti sukan lain yang boleh membuat latihan fizikal dan membina badan. Kami perlu kepada taktik dan teknik. Semua itu memerlukan latihan. “Fizikal saja tidak cukup. Ketika ini pun prestasi baru sampai 50-50 dan jika terpaksa PKP balik memang susah untuk kami atlet karate ini. Saya dan rakan lain memang bergelut untuk mendapatka­n kembali rentak dan sukar untuk menilai tahap prestasi terkini jika hanya berlatih tanpa ada pertanding­an,” katanya.

Pemenang pingat emas Sukan Sea Filipina dalam acara 55 kilogram itu berkata, prestasiny­a jelas merosot selepas kembali menjalani latihan Jun lalu, malah ujian kecergasan yang dilakukan jelas menunjukka­n penurunan ketara.

Namun ujian yo-yo yang dilakukan kelmarin menunjukka­n adanya peningkata­n daripada 14 ke 14.10 mata.

Biarpun begitu, pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2018 itu berkata, ia belum mencukupi dan perlu berusaha lebih lagi.

Prem bersama R Sharmendra­n menjadi taruhan terbaik ke Olimpik bakal berdepan satu lagi ujian kelayakan pada Mei tahun depan di Paris.

Kami perlu kepada taktik dan teknik. Semua itu memerlukan latihan

S Prem Kumar

 ??  ?? AKSI Prem (kanan) dalam satu perlawanan.
AKSI Prem (kanan) dalam satu perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia