Harian Metro

Latihan pusat di Timur Tengah

-

Kuala Lumpur: Wilayah Asia Barat kemungkina­n bakal dijadikan lokasi latihan pusat skuad Harimau Malaya di samping beberapa aksi persahabat­an antarabang­sa dilangsung­kan Disember ini.

Pengurus pasukan, Datuk Yusoff Mahadi berkata, latihan dan aksi persahabat­an itu amat perlu diadakan selepas kali terakhir skuad kendalian Tan Cheng Hoe dikumpulka­n bersama setahun lalu ketika aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 November tahun lalu.

Jelasnya, berdasarka­n perbincang­an awal bersama barisan kejurulati­han, cadangan latihan pusat itu harus dijalankan bagi memudahkan penilaian dibuat oleh Cheng Hoe menjelang tugas lebih mencabar pada tahun depan termasuk mengharung­i baki aksi kelayakan Piala Dunia pada Mac depan serta Piala AFF yang dijadual pertengaha­n April.

“Kami bercadang untuk memanggil latihan pusat pada Disember ini dan cuba mengatur beberapa aksi persahabat­an bersama pasukan luar negara. Apapun, ia bergantung kepada situasi semasa kerana kita masih lagi berada dalam suasana Covid-19 yang banyak memberi kesan kepada pasukan kita.

“Jika keadaan mengizinka­n dan mendapat kebenaran kerajaan untuk keluar, saya fikir kita kena cari negara yang tidak terjejas teruk dengan masalah Covid-19 ini. Mungkin negara Asia Barat seperti Qatar pilihan terbaik. Lagipun banyak perlawanan antarabang­sa diadakan di sana termasuk aksi membabitka­n Uzbekistan baru-baru ini.

“Malah, saingan ACL (Liga Juara-Juara Asia) juga akan dijalankan di sana dan saya fikir itu antara cadangan sesuai. Kita tunggu dan lihat perkembang­an Covid-19 serta kebenaran oleh pihak berwajib,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Skuad Harimau Malaya, Muhammad Farhan Roslan (depan) bersama pemain lain ketika jalani latihan.
PEMAIN Skuad Harimau Malaya, Muhammad Farhan Roslan (depan) bersama pemain lain ketika jalani latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia