Harian Metro

KESILAPAN DE GEA BAWA PADAH

Enrique tak mahu mana-mana pihak tuding jari

-

Luis Enrique tidak mahu mana-mana pihak menyalahka­n penjaga gol utama skuad itu, David de Gea selepas Sepanyol tewas 0-1 kepada Ukraine pada aksi Liga Negara-Negara pagi semalam.

Sekalipun menguasai sebahagian besar aksi perlawanan skuad ‘La Roja’ harus menyalahka­n diri sendiri selepas gagal menterjema­hkan deretan peluang selain dinafikan dengan aksi cemerlang penjaga gol lawan, Georgi Bushchan yang menangkis cubaan tepat ke gawang gol.

Gol tunggal perlawanan oleh Viktor Tsygankov pada babak kedua perlawanan meleburkan rekod 15 perlawanan tanpa kalah Sepanyol.

Prestasi De Gea sama ada di peringkat kelab atau antarabang­sa sebelum ini sering diperkatak­an dalam kalangan peminat juara Euro 2012 itu.

Luis Enrique berkata: “Menyalahka­n De Gea sudah menjadi kebiasaan yang buruk, tidak adil untuk meletak semua kesalahan kepadanya.

“Sekiranya David dipersalah­kan untuk perlawanan seperti ini, baik batalkan perlawanan dan kami akan tarik diri.”

“Tanggungja­wab dalam setiap gol adalah secara bersama dalam satu pasukan.

“Kami mencipta peluang untuk membunuh perlawanan ini. Ia adalah permainan yang jelas di bawah penguasaan kami dengan lawan cuma menutup hantaran

‘ Menyalahka­n De Gea sudah menjadi kebiasaan yang buruk, tidak adil untuk meletak semua kesalahan kepadanya”

Enrique

dan ruang.

“Kami juga mencipta peluang melalui Adama Traore. Pada akhirnya, kami bertukar menjadi panik.

“Saya suka sikap anak buah saya dan saya menyukai apa yang saya lihat.”

Sementara itu, tugas Joachim Loew selama 14 tahun sebagai ketua jurulatih Jerman berdepan tekanan selepas meneruskan keputusan buruk ketika bangkit dari ketinggala­n dua gol untuk mengikat kedudukan seri 3-3 berdepan Switzerlan­d.

Skuad Jerman mencatat keputusan seri dalam empat daripada lima perlawanan terakhir mereka, dengan tiga perlawanan daripadany­a membenarka­n lawan mendahului, meninggalk­an mereka di tempat kedua di belakang Sepanyol.

 ??  ??
 ??  ?? DE Gea (kanan) menjadi mangsa cemuhan selepas melakukan kesilapan ketika Sepanyol tumpas kepada Ukraine, semalam.
ENRIQUE
DE Gea (kanan) menjadi mangsa cemuhan selepas melakukan kesilapan ketika Sepanyol tumpas kepada Ukraine, semalam. ENRIQUE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia