Harian Metro

PETRONAS SRT HAMPIRI JUARA DUNIA

Razlan teruja pelumba Petronas SRT berpeluang menang kelas perdana MotoGP

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Mahu membuktika­n anak Malaysia serta pasukan negara juga mampu membantu misi untuk memenangi kejuaraan dunia.

Itu impian prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali yang begitu teruja mengharung­i Kejohanan Motosikal Dunia musim ini selepas pelumbanya, Fabio Quartararo mempunyai peluang untuk menjulang gelaran juara dunia kelas perdana MotoGP ketika masih berbaki lima pusingan.

‘ Bagi saya apabila semakin menghampir­i hujung saingan, kami perlu lebih fokus”

Katanya, beliau sendiri tidak menjangkak­an barisan pelumbanya mampu mencabar kejuaraan dunia musim ini dan peluang itu akan dimanfaatk­an sepenuhnya oleh pasukan Malaysia itu.

“Kami memang tak jangka dapat mencabar kejuaraan dunia musim ini. Kedua-dua pelumba kami sudah memenang empat perlumbaan iaitu tiga menerusi Quartararo dan satu (Franco) Morbidelli.

“Tapi saya tak mahu terlalu meletakkan harapan yang sangat tinggi. Bagi saya apabila semakin menghampir­i hujung saingan, kami perlu lebih fokus,” katanya.

Razlan berkata, jika itu menjadi kenyataan, ia membuktika­n rakyat Malaysia juga mampu menguruska­n pasukan di Kejohanan Dunia.

Lebih-lebih apabila pasukannya hanya bersatus pasukan satelit berbanding pasukan pengeluar seperti Monster Energy Yamaha MotoGP yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada Yamaha.

“Daripada 60 kakitangan Petronas SRT, hanya ada enam orang Malaysia dan saya mengetuai pasukan itu. Jelas ia bukan satu tugas mudah tetapi saya mahu buktikan kita juga mampu mencipta seorang juara,” katanya.

Quartararo ketika ini memimpin saingan MotoGP dengan mengumpul 115 mata, lebih 10 mata berbanding pesaing terdekat, Joan Mir daripada Suzuki.

Rakan sepasukan Quartararo, Morbidelli pula menduduki tangga keenam dengan 77 mata.

Razlan Razali

 ??  ??
 ??  ?? QUARTARARO mendahului pungutan mata ketika saingan berbaki lima pusingan.
QUARTARARO mendahului pungutan mata ketika saingan berbaki lima pusingan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia