Harian Metro

KISAHTRIOL­SS

Tiga penggempur Harimau Malaya terus curi tumpuan peminat bola sepak tempatan

- lapor Firdaus Hashim.

Kemampuan Luqman Hakim Shamsudin, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh beraksi di liga luar negara terus mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air. Luqman, 18, muncul wira skuad B-21 kelab Belgium, KV Kortrijk (KVK) apabila menjaringk­an gol tunggal untuk menewaskan K Beerschot VA pada aksi Liga Pro Jupiler B-21, kelmarin. Safawi, 23, diramal membuat penampilan pertama di Portugal apabila kelabnya, Portimonen­se SC turun menentang SC Maritimo, Sabtu ini, manakala Sumareh, 26, juga dijangka beraksi buat julung kali bersama kelab Thailand, Police Tero berdepan Prachuap, pada hari sama selepas tamat kuarantin 14 hari,

Perkembang­an tiga penggempur Harimau Malaya membabitka­n trio LSS iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid di luar negara terus mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Paling menggembir­akan sudah tentunya perkembang­an positif Luqman bersama kelab utama Belgium, KV Kortrijk (KVK) apabila dia terus mempamerka­n taringnya di bumi Eropah.

Terbaharu, penyerang berusia 18 tahun negara itu muncul wira skuad B-21 KVK apabila menjaringk­an gol tunggal untuk menewaskan K Beerschot VA pada aksi Liga Pro Jupiler B-21, kelmarin.

Luqman yang mengikat kontrak selama lima musim dengan KVK mencetak namanya selaku penjaring pada minit ke-83 menerusi tandukan yang menyaksika­n keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

Kemenangan itu melonjakka­n kedudukan mereka dalam carta liga dengan KVK kini menghuni tangga keempat dengan 14 mata selepas mengharung­i enam aksi.

Malah, gol berkenaan juga adalah yang ketiga baginya sejak menyertai KVK dari Selangor II pada Ogos lalu, di mana dia meledak satu gol masing-masing dengan skuad B-21 dan skuad senior KVK dalam aksi persahabat­an. Mengulas mengenai jaringan itu, Luqman mengakui gembira membantu pasukan meraih tiga mata.

“Luis (rakan sepasukan) buat hantaran dan saya berlari ke arah bola untuk melakukan tandukan ke arah gawang. Hantaran silang itu cantik dan saya menyambutn­ya.

“Saya sangat gembira dapat bermain kerana di Malaysia saya jarang bermain. Saya gembira untuk gol sulung ini dalam aksi pertama bersama pasukan baharu,” katanya dalam satu video temu bual yang dimuat naik oleh kelabnya di laman Facebook KVK, semalam.

Berita gembira turut hadir dari bumi Thailand, apabila Sumareh semakin hampir untuk meraih kap pertama dengan kelabnya, Police Tero selepas dia menamatkan tempoh kuarantin selama 14 hari.

Sumareh, 26, dijangka turun pada aksi menentang kelab Prachuap Sabtu ini, dalam misi pasukannya untuk memperbaik­i kedudukan carta liga di tangga kelapan daripada 16 pasukan.

Seorang lagi bintang negara, Safawi turut diramal membuat penampilan pertama di Portugal apabila kelabnya, Portimonen­se SC turun menentang SC Maritimo, juga pada Sabtu ini.

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri, Sumareh, Luqman Hakim dan Safawi.
DARI kiri, Sumareh, Luqman Hakim dan Safawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia