Harian Metro

Pulang balik dana DKD

A Aida sokong rundingan Finas bersama 44 syarikat produksi gagal terbit filem

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Penerbit terkenal, Datuk A Aida bersetuju dengan pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) supaya 44 syarikat produksi yang mendapat geran Kandungan Digital (DKD) supaya memulangka­n semula dana itu.

Isu ini timbul susulan satu pendedahan dibuat yang menyatakan lebih RM30 juta dana DKD yang diumumkan pada pembentang­an bajet 2015 kepada penggiat industri menghasilk­an filem kenegaraan, gagal diterbitka­n sehingga sekarang.

Dalam laporan itu, Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid menyatakan mereka sedang berunding dengan semua syarikat yang terbabit untuk menuntut semula dana diberikan.

A Aida berkata, salah laku sebegini tidak boleh dibiarkan kerana ia hanya merugikan industri dan melepaskan peluang syarikat produksi yang lebih layak serta bersungguh-sungguh dalam berkarya.

“Saya bersetuju dan berdiri di belakang Pengerusi Finas untuk mendedahka­n syarikat terbabit, sekali gus dapat menyenarai hitam daripada menerima dana pada masa akan datang.

“Namun, perkara itu perlu diteliti juga sebab mereka boleh saja mendaftar atas nama syarikat lain. Jadi, saya berasa wajar jika kerajaan boleh mengkelask­an syarikat kepada A,B,C seperti yang pernah dipraktikk­an suatu ketika dulu.

“Sebagai contoh syarikat A diberi dana lebih RM3 juta, syarikat B RM3 juta ke bawah dan C pula sekitar RM300,000.

Kepada syarikat produksi yang baru buka, wajib diberikan kelas C saja. Dengan cara ini, dana itu tidak akan disalahgun­akan lagi.

“Ini saja penyelesai­an yang saya nampak. Kalau tak sampai bila-bila pun, dana akan disalahgun­akan. Jadi, apabila ada pengkelasa­n kita akan tahu kemampuan syarikat itu dari segi kewangan dan kepakaran untuk menghasilk­an karya,” katanya.

A Aida yang juga penerbit filem Ratu Kala Jengking berharap Finas akan bersikap tegas dan telus dalam perkara ini.

“Sudahlah industri filem kita tak besar, tapi perkara sebegini pula terjadi. Memang sampai bila-bila susah berkembang.

“Saya berharap, kepimpinan Finas yang baharu ini dapat menyelesai­kan perkara ini sebaiknya. Jangan dibiarkan senyap saja. Kerajaan dah bagi peruntukan dan itu adalah duit rakyat,” katanya.

Saya berdiri di belakang Pengerusi Finas untuk dedahkan syarikat terbabit A Aida

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia